Sunday, 30 December 2012
Jemputan Anna
Friday, 28 December 2012
Seringgit Seminggu
bukan nak berlagak baik..bukan nak tunjuk hebat aku mega..bukan bukan..tapi bila aku
ingat mengingati dalam masa yang sama aku menjaga nilai nilai murni yang perlu
ada dalam diri aku ni..masa ni aku jaga..kelak aku bina..insyaAllah..
pusing roda balik..ok seringgit seminggu..objektif aku kat sini sebenarnya nak mengajak
korang semua buat baik sket..yup seringgit seminggu..dalam berminggu-minggu-minggu kita
hidup berapa kali kita menderma dan bersedekah? cuba bayangkan dari tika ini kita dapat
mendermakan seringgit seminggu kat tabung masjid ke, orang datang mintak derma ke, makcik jual tisu ke..tak kisah la kat sape-sape tapi niat kita adalah untuk menderma...dan kita terus menderma seringgit seminggu sehingga umur kita 60 70..dan mase tu cube la kira berapa korang dah dermakan? mantap bukan?
dan kalau kita derma kat tabung-tabung mesjid seringgit seminggu, cuba bayangkan kemana duit kita tu pergi? insyaAllah kat jalan yang betol..tambah pulak lagi-lagi duit tu digunakan untuk buat bangunan baru masjid untuk orang solat...indirectly kita dah ade saham yang halal..amin...niat still kene betol lah..menderma..
ada satu kaum ni cukup bertuah sebab paling tidaknya sehari setiap minggu mereka akan datang ke masjid untuk melakukan solat berjemaah beramai-ramai..dan kaum tu adalah kaum lelaki...fuh bertuah siot..dan dalam masa tu kaum-kaum ni diberi pilihan sama ada untuk mendapat saham atau tidak..kalau nak kau menabung la seringgit seminggu kat tabung masjid tu...ganjarannya janganlah kau claim kat dunia..tunggu nanti kat sana..
seringgit seminggu bukanlah apa sangat bagi aku dan aku rase korang pun same..tak muflisnye bank kalau hilang seringgit sebab terbang ditiup angin..kedai apek still beroperasinye kalau seringgit dalam laci tu dimakan tikus..
tak kira la dimana nak salurkan seringgit tu..tapi dengan niat menderma dan kerana Allah, sure
dpt ganjaran...insyaAllah...
Tuesday, 25 December 2012
Jadi Bila General Berucap..
bukan terhandal, bukan terkuat
cuma terhandal dalam apa yang ku buat..
buka description lagu utk lirik yg power..tolong ceraikan buntut dari kerusi, bangun!!
Sunday, 23 December 2012
Dua Dunia Berbeza
Dua dunia berbeza..ia boleh menjadi gembira atau mungkin derita..ia terpulang..
Dan dalam situasi ni, aku gembira..maksud aku gembira lebih dari derita...
Yup lidah lagikan tergigit..erti derita dalam konteks aku tidaklah seperti sakitnya digigit hamster atau dipatuk ayam..tapi ia lebih kepada derita sakit yang lebih kepada geli-geli..
Satu hari dua hari ia akan sembuh...derita yang lebih matang..lebih professional..
Lebih terperinci..
Dua dunia yang aku maksudkan kat sini adalah perhubungan atau komunikasi antara dua medium..
Dan dua medium yang terlibat merangkumi dua medium yang berbeza..
Perhubungan ini menjadikan satu episod aku yang aku panggil dua dunia berbeza..
Banyak pendapat, banyak pertikaian..menarik..dan dalam perbezaan terdapat satu persamaan..
Dan persamaan itu mungkin aku Sherk dan kau Fiona nye..
Dekat sini aku biarkan kisah dua dunia berbeza shrek dan fiona ni tergantung..
Isu yang aku timbulkan cume..
Dua Dunia Berbeza..
Terlalu
yup semester last kate nye...bukan kau akan belajar pun...betul tu dan ianya tepat skali....tapi ketenangan boleh ubah semua nye...itu satu pegangan...tenang untuk semua...ia lebih indah....pejam mata pejam mata eh sudah besar rupanye...wah sudah mahu bekerjaya....adakah kau akan berjaya??
tidak perlu fikir kan ape yang terjadi masa hadapan....biar kan IA yang menentukan segala-galanye...kite rancang dan lakukan ape yang mampu buat masa ni...yup kita cuba yang terbaek untuk berjaya...macamane dengan kisah kawan kehidupan??
belom mase fikirkan nya lah buat mase nie...berkawan itu lebih tenang...
kau jahat doe putus kan besi yang kukuh tu....ow bukan aku jahat lah...aku tak tahu nak terangkan macamane...biar kan lah semua nya macamtu je...tak nak berfikir mengenai itu...kusut sangat terlalu kusut....
Its Hard To Explain
Saturday, 15 December 2012
Wednesday, 12 December 2012
Titik nokhtah
Titik nokhtah
Bukan tanda berakhirnya satu cerita.
Ia mungkin
permulaan satu ayat,
permulaan satu perenggan,
permulaan satu cerita baru, cerita indah.
Tapi tidak dinafikan diakhir cerita indah itu.
Titik nokhtah
Tuesday, 11 December 2012
Bingung
Bingung
Bila ade dua bintang yang aku kene pilih untuk aku pergi.
untuk aku capai.
Mana bintang yang lebih berkilau?
lebih menyerlah?
Bingung
Bila aku memang tak dapat bezakan bintang yang sebenar.
bintang yang sesuai.
Mana yang lebih masuk?
lebih ngam?
Bingung
Dan bertambah bingung apabila masa aku masih panjang.
masih lama lagi untuk sampai ke simpang dimana aku harus memilih.
Aku bagai nujum yang sedang melihat masa depan.
Bagai professor yang sedang berjalan disatu ruang yang pantas.
Jawapan ditangan aku.
Walaupun aku bingung.
Walaupun dimasa hadapan tapi pilihan telah aku kacakan.
Bingung
Sunday, 9 December 2012
Lakaran
Wednesday, 5 December 2012
Jatuh Cinta
30 November 2012, 0730 pm
aku sampai awal di pekan frinjan..member aku xsampai2 lagi...owh sangat tak patut..tp xpe..aku xsuke pulak orang tunggu aku..biar aku tunggu orang...dan bagi nak kurang kan tekanan aku pn jalan2 la tgk2 barang y ade jual di frinjan..wow good..aku suke pegi pekan frinjan..tp time2 tu aku xde duit..jadi aku boleh tlg tgk saje..ahahaha
jalan punye jalan, sampai la aku kat belakang pentas..dan kat situ aku jumpe gitaris iamneeta ni, patrik..sorang je die duduk..huhu aku tgk die die tgk aku..ha bagus...dan ade mase die pegang gitar die dan setting2 ape yang patut manakala aku masih dalam misi aku tunggu member...sumpah aku cakap aku nak tegur si patrik ni..tapi disebab kan sifat pemalu aku yang ye ye oo ni, maka aku tak tegur..2 3 kali aku lalu lalang depan die..aish hampa siot..hope dpt jumpe ko lagi, pat.
Iamneeta perform.ini satu lagi perkara yang paling aku teruja..phew..iamneeta bawak ketiga-tiga single diewang..tuhan tolong aku, terima kasih dan yang paling aku suke; jatuh cinta...owh memang aku jatuh cinta dengan si neeta tu..suare die phew~...tapi biaselah aku manusia normal yang tak de name macam si neeta tu..die da ade name, mane nak pandang aku yang xde name lagi pemalu ni..ahaha
akhir pekan frinjan aku dapat tgk live iamneeta utk pertama kali tapi tak dapat nak amik gambar ngan diewang.ok aku pemalu. ==,
Peria
Peria...
Pahit dan tak sedap...
Tekstur rasa yang sangat pelik dan menjengkelkan...tapi manfaat dia banyak...
Tapi masih, kalau diberi percuma memang ditolak tak diambil...keras-keras..
Dan ia sama dengan perasaan aku sekarang..pahit tak sedap dan menjengkelkan...
Sunday, 2 December 2012
Minggu Penuh Halangan
26november2012 - 30november2012
Minggu penuh halangan. hati cakap macam tu tapi realiti adakah ia betol betol mencapai tahap *penuh halangan tu? atau ia satu propaganda si hati menghasut jiwa untuk tidak berkomunikasi lagi secara baik dengan akal? syaitan! ia penghasut...ini yang sangat tepat... *mungkin
Setiap langkah nak orak mesti ade sindiran-sindiran sinis yang didengari...datang dari mana sindiran tu? tak pasti bukan..tidak berkeyakinan..tak pasti..kalau dua sahabat ini dapat di damai kan secara aman dan dapat digencatkan senjatanya pasti sindiran sindiran sinis ini tidak didengari lagi..mohon berkeyakinan dan pasti dengan tujuan dan setiap orak yang dikawal otak...
Berbalik kepada minggu penuh halangan..aku tempuh dari hari pertama yakni isnin..kurang sihat..badan dalam kondisi metabolisma dalam badan berada di aras paling bawah..kesakitan..perlahan lahan aku ikut rentak perlahan metabolisma..aku layankan aku ikutkan...bagai bapak sabar melayankan anak...dan pabila masuk hari ke tiga yakni rabu, badan mula kebah... *phew penat..
Khamis dan Jumaat dilalui dengan agak rumit apabila kisah tuah disuruh simpannya keris...disuruh sujud kebumi menyembam si sultan..kepala ditolak rapat kebumi agar akur..akhir nya tuah akur..kini tuah dikaki sultan..kisah belum berpenghujung belom bertitik akhir...
Malam pada hari Jumaat..ini kisah yang ceria..yang gembira..yang dapat memadam minggu penuh halangan aku.. *Pekan Frinjan...terima kasih Anna Band sebab jemput aku, hulur kapet merah dengan paluan kompang..disana aku jumpe semua..*Zine Satu Malam! kau orang terbaek..*IamNeeta..ok aku jatuh cinta..neeta pandang aku buat muke awkward..haha lawak...dendangan *Moi Last Von..sangat buat aku terpukau..kau hasut aku dengan musik kau..kau buat aku terbang hilang...masalah aku hilang..terima kasih buat semua Frinjan..
Minggu penuh halangan aku kini tinggal kenangan..biar aku lukis minggu yang baru..
mungkin halangan yang baru..
Halangan buat aku matang.
Thursday, 29 November 2012
Terasa Dijajah
Lagi sekali terasa dijajah.
Arahan diberi disuruh dan diarah.
Tak masuk akal, mengarut.
Perlahan aku tunduk dahi berkerut.
Dari teknikal diheret buas masuk ke ofis.
Macam hang tuah disuruh simpannya keris.
Dari di gelanggang keluar gelanggang masuk ke dapur.
Di beri sudip kuali tidak lagi bertempur.
Tak boleh melawan.
Itu lah arahan.
Nak disilang nanti kata menderhaka.
Tak disilang jiwa aku merana.
Arahan diberi disuruh dan diarah.
Lagi sekali terasa dijajah.
Wednesday, 28 November 2012
Realiti Palestin
Helaian akhbar kini tidak lari dari berita di Gaza.
Perperangan.
Lari dari surat khabar, aku pergi ke laman Facebook.
Isu masih sama.
Dan kali ni lebih sedih dari si akhbar.
Gambar yang tidak ditapis tidak seperti di akhbar.
Dari kanak-kanak hingga ke dewasa dan yang tua.
Wanita.
Sedang bermain bola.
Kalau di Malaysia kanak-kanak nya gembira dirintikkan hujan.
Ironi di Palestine.
Kanak-kanak nya menangis kehilangan rakan sepermainan.
Dihujani peluru.
Wanita.
Malaysia lagi.
Gembira berjalan-jalan dan berlenggang-lenggang.
Beza di Palestine.
Berjalan tunduk, bongkok.
Elak Peluru.
Laman yang lain aku belek Youtube.
Sedih.
Tangisan, raungan, keperitan.
Keberanian.
Gadis 5 tahun gagah dengan tentera Israel dia berlisan.
Diam.
Terpaku semua terpaku, aku yakin.
Bersyukur.
Dengan apa yang aku ada, aku alami, aku diami.
Aku bersyukur.
Sambil mahu membantu sahabat di Gaza.
Aku sedikit lemah.
Suara aku mungkin tidak didengari.
Doa.
Ini yang aku mampu.
Ini yang aku kuat.
Ini yang aku buat.
Walau apa doa kau, Matlamat kita sama.
Untuk Gaza.
Untuk aman.
Bahagia.
Thursday, 22 November 2012
Hebat Sangat
Malam tadi lepak ngan staff.
Men badminton.
Pukul bola laju.
Mantap gile.
Men cam pro lee chong wei.
Kiri ke kanan.
Depan ke blakang.
Skali ke depan, terdepan sangat.
PAP! pipi aku terkene net.
Jaring.
Tergesek.
Lalu cermin mata aku menghempas bumi.
Mata aku berair.
Peh sakit, pedih.
Pandangan mata kiri sedikit kabur.
Balik rumah tidur.
Harapannya esok bangun sihat lah semula.
Bangun pagi.
Ok still same.
Kabur.
Cuak.
Hebat Sangat.
Wednesday, 21 November 2012
Bersabarlah
Bersabarlah kawan.
Kau kan masih muda.
Masih baru dalam arena ini.
Kau kan masih kecil,
Masih putih dalam persada ini.
Nanti bila kau dah comot.
Jangan kau mengeluh kau buruk, kau hodoh pulak.
Bersabarlah kawan.
Kau kan budak praktikal saja.
Tak tau apa-apa.
Tak kenal sistem yang dikendalikan dalam ofis ni lagi.
Bersabarlah kawan.
ok aku bagi pencerahan untuk tulisan aku diatas. sedia maklum, aku budak praktikal bagi kursus aku. aku ambil sarjana muda rangkaian komputer.yes sarjana muda.aku sangat mengharapkan sesuatu yang mencabar dalam sesi praktikal aku.lebih berat dari belajar mungkin.tapi aku disini dilayan seperti budak praktikal saja.aku nak kerja yang lebih berat.tolong lah bos.percaya pada aku.aku mampu buat apa yang pekerja lain buat.mungkin lagi sempurna, lagi baik.
bos bagi aku kerja budak-budak diploma saja.komputer tak de internet.tak boleh print.troubleshoot.aku mungkin perlukan sesuatu yang aku puas hati.lebih besar.bertambah aku runsing bila pagi aku masuk ofis kerja-kerja aku semua aku dah selesaikan.dan aku mengadap facebook, youtube sementara pekerja yang lain sibuk dengan kerja-kerja mereka.malu la beb.aku nak buat apa pun aku tak tau.kang cakap aku tak buat kerja pulak.tapi mereka tidak sedar yang kerja mereka bagi tu sangat la mudah bagi aku selesai kan.
baik, dalam tulisan aku ini aku tau aku berlagak.tak payah ingat kan aku.tulisan orang yang sedang geram, memang begitu.maafkan aku.aku cuma nak tekan kan kat sini yang aku dah bersedia nak mengadap kerja yang lebih berat.lebih kongkrit.aku memang runsing sekarang.
sedar.yup aku sedar aku budak praktikal.dan mungkin ini saja kerja-kerja aku.aku nak bagi tenang hati aku cakap, *takpe, ini praktikal saja.bukan kerja pun. bagi tenang hati.
maaf, tulisan orang dibawah normal.
Tuesday, 20 November 2012
Monday, 19 November 2012
Pulang Si Alien
Disaat aku sakit kusut fikir segala yang mendatang...
Sang alien sampai tiba...
Seminggu kau terbang hilang dari anak mata aku...
Kini kau mendarat dengan segala keceriaan...
Sampai ke bumi yang aku duduki...
Dalam erti yang ironi aku memang sangat gembira..
Tapi yang sebenarnya aku bertambah kusut....
Terima kasih alien ku...
Sebab kau hilang dalam seminggu ni...
Dan datang dengan satu lagi kekusutan...
Tapi yang benar nya kau ni, kau fahami aku...
Dari yang disekeliling aku...
Kadang-kadang alien yang terbang tinggi tu lagi fahami aku..
Dari manusia yang disekeliling aku..
Tapi yang tinggi tu tetap tinggi, buat aku runsing..
Yang disekeliling hurung aku macam najis, aku bingit lagi runsing...
Persetankan kusut yang aku hadapi...
Aku gembira kau pulang...
Sangat gembira...
Sunday, 18 November 2012
Lirik Lupakan Semalam - SalamMusik Chord
Am F G (strumm sampai kiamat)
Wednesday, 14 November 2012
Dah Seronok Lupa
Dah seronok lupa..
tak ingat dulu aku yang tadah air mata kau?
tak ingat dulu aku jadi beg pasir kau sepak terajang?
Bukan aku ungkit..
tapi terang sangat..aku tak mintak kau jaga hati aku..
tapi rasional lah..sebagai kawan kan..
Tak pe..
aku tak marah..
aku tak simpan dendam..
cuma sedikit kecewa..kau tak ingat ke dunia ni bulat?
aku sayang kau..aku tak mahu kau terima air kahak kau sendiri..
Tak pe..
aku tadah sepuluh jari ni aku doa..semoga kau tenang..
semoga kau gembira aman dan bahagia..
Tapi ingat..jauh mana pun kau lari..
jauh mana pun kau terbang..
aku harap kau tau carik aku kat mana..
Aku kat sini..statik sendiri..
dipersilakan..
Tuesday, 13 November 2012
Aku Hidup Dalam Darurat
Darurat - pengistiharan pengumuman pemberitahuan kerajaan yang lazimnya menggantung fungsi-fungsi biasa tertentu dalam kerajaan, ingatkan rakyat supaya ubah tabiat biasa mereka (wikipedia)
Aku hidup dalam darurat..darurat yang macamana? darurat aku, aku buang semua egois yang ade dalam badan..yang ade dalam minda..dalam pemikiran...semua aku lucutkan..semua aku gantung keluar dari jasad kering ini..mungkin sedikit gemuk...darurat aku isytiharkan dalam diri aku...
Bersedia sebelum aku rasa..aku sediakan payung sebelum hujan...aku bukak kotak pemikiran ini aku lipat aku biarkan ia bebas..keluar dari kotak, keluar dari kepompong, dari tempurung..aku hidup senang sekarang..tapi bila datang susah boleh aku terima? tidur rumah kampung bernyamuk, tanpa kipas-panas, boleh aku lelap? aku dah fikirkan semua itu..kau orang bagaimana?
Sedia maklum, apabila darurat kita kene ubah sifat atau tabiat biasa yang kita lakukan..sediakala makan bersudu, oren jus, napkin di dada..aku daruratkan diri aku..aku terima selain dari yang ini..selain bersudu garfu, oren jus manis, napkin pelapik dada..aku mampu makan dihidang berlapikkan tempurung kelapa yang sudah basi dipenuhi nasi yang biasanya dimamah riuh si ayam jantan..dan duduk di atas busut reput..kerana apa? kerana aku hidup dalam darurat...
Aku mampu hidup semiskin rakyat somalia, sekaya Bill Gates..
Aku hidup dalam darurat..
Monday, 12 November 2012
Lirik Tuhan Jagakan Dia - Motif Band Chord
Motif – Tuhan Jagakan Dia Lyrics & Chord
Intro: A G# F#m Bm Bb E A G# F#m Bm Bb E
Hanya dirimu yang kucinta
Bm
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
E A
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
A
Walau kutahu kau tak sempurna
Bm
Takkan membuat aku jauh darimu
E A
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
D E C#m
Tuhan jagakan dia,
F#m Bm E A
dia kekasihku kan tetap milikku
D E C#m
Aku Sungguh mencintai
F#m Bm E A
sungguh menyayangi setulus hatiku
copy and share..
Thursday, 8 November 2012
12.54 malam
sejuk......
itu satu perasaan mungkin..atau lebih tepat, deria...dan bila ia mencapai satu takat yang
tak mampu aku tahan, ia lebih senang dikatakan sebagai trauma..mungkin fobia...rasa yang
buat satu tubuh menggeletar dan tak mampu untuk dicegah...metabolisma dalam badan
menurun mendadak...sehinggakan hunusan pensil yang sedikit tumpul mampu menghidupkan
satu deria sakit yang agak minima...tapi bila bertemu dengan pasangan yang sesuai, sejuk amat disayangi..amat dihargai..
katil.......
pasangan yang paling sesuai.....lebih-lebih lagi di waktu malam dengan helaian selimut yang agak
tebal dan lembut..bagai dibelai pari-pari syurga dan terus dibuai halus dengan nyanyian enak si angin
mendayu..ia sempurna..ia kesukaan semua...gandingan antara kedua-dua belah pihak sangat serasi
dan setiap langkah amat selari...sekian lagi dengan dendangan nyanyian halus si angin..diikuti paluan
rintikan hujan menemui atap zink..semuanya enak apabila berlaku di suatu masa....
malam.....
tanpa gandingan si sejuk bersama si katil, ia tetap berdiri teguh bagai batu tebing yang
dilanda ombak deras..mungkin ia ombak arus permodenan...
malam tetap terjadi dan setiap pelusuk makhluk di bumi dan mungkin jika
adanya makhluk di bima sakti, semua akan merasa dan menikmati malam dengan cara tersendiri...
tertonggeng, menelangkup, meniarap, menelentang dan mengiring..tidak kurang juga yang
bergayut terbalik kaki di atas..cara masing-masing, ciri-ciri masing-masing...bagi menikmati malam
yang mungkin indah atau pasangan nya kecelaruan...indah terus dibuai syurga, kecelaruan
terus merasai haba kegelisahan...bersedia atau tidak, bolos saja malam itu...tidak menunggu atau
mungkin jika ada yang menunggu, ia adalah siang...
rasa yang terindah adalah pilihan...selamat malam....
Saturday, 3 November 2012
Simpul Berulat Putih
yang simpul itu terus simpul,
daya aku mati ditengah perjuangan simpul,
mati terikat terbelit senak simpulan sendiri,
rimas, fikiran aku rimas penuh simpul,
saat aku diluar pemikiran normal,
aku rentap, aku sentap, simpul,
ia jelas merumitkan, simpul terus mati ketat,
nafas terus terhenti, tinggal baki dalam jantung dan nadi,
simpul yang tadi setompok kini ramai,
penuh setiap isipadu setiap sudut sfera pemikiran,
normal kini merudum, jatuh terus tersembam ke bumi,
merangkak bagai tulang tidak lagi berfungsi,
aku diam disitu, bisu titik akhir,
lalat berkepak empat menghurung, menghuru hara kan simpul,
kini simpul sudah berulat, menggeremut sendi putih si ulat,
menjelajah disetiap simpul ke simpul dan simpul,
simpul berulat putih..
mati.
Sunday, 28 October 2012
80km per jam
Dlu masuk je kerete terus tekan minyak sampai 100...tak pandang kiri kanan...terus meluncur..bukak tingkap luas luas angin masuk kencang...perjalanan dimeriahkan dengan musik yang menusuk hati dan kelajuan yang mencabar jiwa..semakin laju semakin tenang....
25 september, selasa (7.30pm) badan keletihan...sudah penat seharian bekerja (praktikal), aku dikejutkan dengan satu utusan yang terletak kemas di tindih tetikus mimos di atas meja putih dibilik aku..perlahan aku buka surat itu...owh ok surat saman...dalam kepenatan aku menahan kesabaran..ini ujian...aku belek surat itu sedalam dalamnya..yang paling teliti, aku lihat bahagian tawaran pembayaran..'tawaran pembayaran bermula 26 september'...1 - 15 hari saman yang perlu dibayar rm150...16 - 30 hari jumlah yang perlu dibayar menjadi rm200..satu tawaran yang menarik..
tau tau je elaun aku masuk minggu depan..impian nak itu nak ini tiba tiba je lesap gelap..tak nak fikirkan apa apa..aku terus tutup pintu keresahan itu..ada perkara yang penting aku perlu selesai kan terlebih dahulu...7.45pm, aku terus meluru ke bilik air dan berwuduk..terus ke sejadah aku sujud..saman, saman punye hal lah..yang kene bayar dulu aku bayar..solat maghrib aku dah dibayar pada pukul 7.50pm...lambat tapi itulah yang paling mampu...
Sabun badan, gosok gigi dan cuci muka...ok sempurna..keringkan badan dan rambut..rambut dibiar tidak terurus dan badan diselimuti tshirt putih dan seluar pendek biru adidas..ke ruang tamu dan duduk terperosok di satu penjuru..ditemani angin sayu sejuk si penghawa dingin aku bertambah tenang dan bara yang tadi menyala kini sudah malap....hai tak boleh jadi ni...baru minggu pertama aku dah kene saman..ade lagi 5 bulan 3 minggu aku akan praktikal..takkan setiap minggu, bulan akan ade surat ni...hmmm kene berubah...aku ajak hati berubah...baiklah esok kita mula..
Cermin besar ruang tamu aku tenung..rambut aku sisip rapi baju masuk dalam jam tangan putih ditangan kiri..kunci yang tersangkut aku capai salam dari depan aku bagi..'pegi dlu!! Assalamualaikum umi!!' langkah ke garaj kereta laju segak...enjin dihidupkan radio dipasang..setiap pagi setiap hari, Era.fm...Johara pagi Era selalu menemaniku ke tempat kerja..tersenyum, gelak, terbahak sorang-soranglah dalam kereta..pendirian aku 'senyuman dan keceriaan dipagi hari akan membawa kemalam'...so pagi-pagi haruslah aku senyum dan cipta satu keceriaan untuk aku tersenyum...telatah si johan dah cukup bagi aku...
Owh ya 'berubah'...kali ni melintasi setiap jejambat, menyelusuri setiap lorong jalan, memintas segenap isi jalan raya...80km per jam sahaja...aku pegang tu aku buat tu..memang susah tapi untuk kebaikan aku..dengan 80km per jam aku mungkin dapat mengurangkan peratusan bahaya untuk aku....
sekarang aku pergi 80km per jam..
Tuesday, 23 October 2012
bawah tempurung
kadang kadang...
aku ingin jadi katak bawah tempurung...
lebih tenang..lebih sunyi....
walaupun kat luar sane banyak lalat hurung-hurung..
lalat montel gebu-gebu, menyelerakan,
tapi aku tetap nak duduk bawah tempurung...
aku nak aman tanpa arus si moden tanpa duniawi...
yang
yang dapat aku berfikir bila susah...
bila tiada dan bila tak mampu..
gelap bawah tempurung itu cikgu aku..
Friday, 19 October 2012
Bila Patah
haha..
watpe simpan dlm? aiya lengchai lu kena buang itu sakit. kasih kelual. xmau simpan dalam.
xbaik wor.
bia rebak kasi barah..senang nanti padam..cerita kasi tamat terus XD
Tuesday, 9 October 2012
Budak Praktikal
Sekarang aku sihat, sedikit penat..walaupun menjalani lahitan industri, aku rase kje aku xsesuai dengan elaun yang aku raih..tapi xp..dalam hati aku terima dgn aku ungkapkan 'xpe aku kan budak praktikal'..sume kje mereke bagi aku rembat..sblum jadi engineer kne la kutip sampah dlu...sebelom makan kari ayam kne la potong bwang dlu..itu pendirian aku...start from zero i'll be the hero..
Dari kje kat storage sampai la kje si engineer aku buat...mungkin sebab dlu aku selalu rimas kan fikiran fikir pasal belajar sebab tu la sekarang aku tak suke bile masa aku terluang dan blenggang kaki tangan pinggul kat opis tu..secara dasar dan kasar nye aku fun dengan kerja aku..
sincerely: becoming engineer ;-)
Sunday, 7 October 2012
Isipadu Cinta
..sampai bila aku nak terus tutup ruang kabuk udara ni terus berkimia dan menyiksa segala saraf? Sampai bila nak bia je kumbang hitam tu rosak kan pokok yang aku dah tanam? Dan smpai bila nak isipadu cinta ni tak berbunga dan tak semeriah pesta dengan letupan bunga api....
..dan aku rasa aku patut hijau kan padang pasir yang da lame gersang..da tiba msa aku buka ruang kabuk itu supaya udara oksigen segar dapat masuk menggantikan bahan kimia merbahaya dari terus meratap saraf yang mulanya gebu dan sgt mnyelerakan...
...aku semai isipadu cinta aku dari sekarang dan aku petik dlm satu dua tahun mendatang...
Thursday, 20 September 2012
Tak Nampak
Ayam depan mata sibuk nak masuk hutan carik ayam lain......
Telur kicap tepi pinggan sibuk nak capai ayam masak sambal hujung sane......
Baju belambak dalam kabuk sibuk nak beli baju baru......
Tak nampak atau tak menghargai?
Atau tak bersyukur?
Monday, 17 September 2012
Malam Ini
Malam ini semua neutron bergerak ligat...fikir apa jadi kelak bila besar...bila kenang dlu punya pe'el memang berjaya tu jauh..tapi ironinya berjaya makin hampir makin dekat rapat...
Malam ini aku fikir lagi pasal pasangan hidup...mcmane bende ni akan selesai? Siapa puteri? Bila tragedi? Biar ini tergantung tanpa jawapan...
Malam ini biar kabus jadi kelambu...biar bulan jadi lampu...
Saturday, 15 September 2012
Mewah Mudah Malas
Dulu dok keluar masuk cybercafe...selang dua tahun dok keluar bilik...da membesar sikit dok dlm bilik..sekarang gua da keje..dok atas katil je...dok atas katil je nk online..perah otak nk karang blogspot, bantal kat kepala je...nk bertemu kawan kat skype je...bantal masih kat kepala...
Nak beli baju? Seluar? Kepala msih berbantal..lek je..hidup makin maju..kite makin mewah..peralatan makin canggih..ade duit jalan..
Tapi ingat..da mewah da maju jgn alpa...badan masih kne gerak..tak gerak kau sakit nanti...teknologi buat manusia jadi malas...jadi manja...manusia mudah lupa...
(sebenar nye ayat-ayat atas ni untuk aku..ye la baru beli galaxy player.online atas katil je skang)
Wednesday, 12 September 2012
Kopi
Satu cawan untuk sarapan, satu cawan untuk mula bekerja, satu cawan sebelum pulang kerumah..3 dalam 1 hari..Satu cawan dibancuh ibu, dua cawan dibancuh sendiri..2 nisbah 1 dalam erti berdikari..suam, dihirup perlahan-lahan dengan aroma meneman liang hidung..makin pekat makin kelat...makin sedap makin mantap..cawan 'Kopi' keluaran fixi jadi teman yang merasa haba likat kopi..
Tiup-tiup bagi sejuk, udara nyaman penyaman udara tidak dapat menenangkan suhu si likat pekat..mata di paparan komputer sesekali mencapai cawan 'Kopi'..sesekali dihirup dan sesekali di kacau dengan camca kecil comel..jadual di ulang setiap hari sama..3 dalam sehari, 2 nisbah 1 berdikari..kacau-kacau, hirup perlahan-lahan...SLURRRPPPP~
Saturday, 8 September 2012
Wednesday, 5 September 2012
Malas Menulis
Sekarang hujan lebat..suasana jadi huru hara...telinga aku hingar bingar...tapi di kotak fikiran aku masih kosong...aku sekarang jadi budak praktikal selama enam bulan mulai sembilan dua ribu dua belas..sekarang dah sibuk...balik kerje hadap jam tanpa roti..sesak sangat jalan kuala lumpur tu..kerete penuh macam sardin dalam tin, macam bangla balik kerje naik bus biru, macam si gemuk pakai baju S...
Balik kerje dah penat..mandi solat...selesai solat makan...nak buka laptop tu sangat lah malas...nak online facebook pun gune android je..malas sangat...bile da online pun gune talifon canggih, nak bukak blog memang la tidak..nak menaip dan penuh kan fikiran dengan abjad jadi perkataan untuk ayat jadi perenggan dan jadi satu penulisan yang bermakna memang tak la...lebih enak aku simpan neuron otak aktif ni untuk esok dan hari hari mendatang...
Tapi bila fikir balik........mane boleh biarkan blog dan bahan pembacaan online ni kosong dan berdebu...jadi dengan akal fikiran yang ade..tambah kemalasan tahap maksima disuntik dengan kesejukan yang mengheret aku untuk ke katil, aku paksa diri aku untuk menulis...nah hambik...Malas Menulis untuk korang...
mata da kuyu...hati da layu...
kejap lagi kite basuh kaki kuku...lepas tu masuk bilik, beradu...
care....
Friday, 31 August 2012
Lirik Harapan Chord - Hyper Act
Thursday, 30 August 2012
Kemenangan dalam Kemerdekaan
Tembus pintu-pintu besi aku tenung...cair batu-batu dinding aku pandang...segala bende kemungkinan aku fikirkan..segala bende peluh aku keluarkan..kerja dah selesai, kerja dah tamat...tenang selese gembire...cahaya bulan biru di malam merdeka seperti menyambut kedatangan kemenangan kemerdekaan aku...skru kegembiraan aku ketat kan dengan spanar kesyukuran..aku menang dihari kemerdekaan..
Selamat Hari Kemerdekaan
Tuesday, 28 August 2012
Kenangan Semalam Joe
Monday, 27 August 2012
balas balik
yang calar aku padam, yang kecik aku hembus besar-besar,
dah tak payah orang tanya-tanya...
tapi ingatkan aku nanti siapa yang aku lanyak-lanyak...
Sunday, 19 August 2012
Raya Boring Gembira
Raya apa macam?
Raya boring laaa....
hmmm...raya boring? maaf bro, aku rase kau yang tak reti hargai pengertian raya tu sendiri...kau rasa raya kau boring...raya tu satu kejayaan umat Islam dan kau patut rasa gembira...kau patut rasa bersyukur..berbangga...
macamana nak rasa gembira, bersyukur, berbangga?
sebelom syawal...kau lalui ramadhan..ramadhan yang sepatut nye dapat membawa paling tidak pun sedikit kesedaran amalan..dan kesedaran dan amalan itu kau dapat rasa..lebih detail lagi aku bagi contoh..sepanjang bulan puasa kau dapat menderma satu hari seringgit kat tabung masjid, orang tua minta sedekah dan lain-lain..dan kau dapat istiqamah atau lebih tipikal lagi kau dapat lakukan perkara tu secara berterusan dalam 30 hari...dan kau dapat rasa..maksud nye bila takbir di pagi raya tu kau fikir balik apa yang kau da buat..ye kau da menderma rm1 satu hari dalam masa 30 hari...dan rasa bersyukur dengan amal yang kau buat...dan disitu kau rasa satu kejayaan disamping kejayaan kau dapat berpuasa selama sebulan ramadhan..disitulah kau dapat rasa gembira, bersyukur dan berbangga...
dapat kau buat dapat lah kau rasa gembira nye hari raya walaupun dengan baju tahun lepas, balik solat raya kau dok rumah je ngadap tv tak pergi menziarah umah jiran...keseronokan tu dapat kau rasa...kalau nak yang lebih detail...lebih gembira, lebih terasa, lebih terharu, bersyukur, berbangga...cubalah kau lakukan lebih amal..kau bertadarus, kiamullail 10 malam terakhir..serius kau tak kan dapat cakap perkataan boring tu...
Friday, 17 August 2012
Tragedi Hari Raya
Poket da buat besar-besar, Perut da kosong kempis nipis,
Baju da beli warna-warni, Songkok itam pekat tinggi-tinggi,
Semua dah siap, semua dah ready...dua hari lagi nak raya katenye..ahad malam nanti ajak sepupu-sepapat, orang kampung tengok pemegang cap mohor-mohor diraja nak sampaikan watikah..confirm je esoknye raye kite bakar bagi habis...meriam buluh, mercun bola, mercun ketupat, bola naga, das..POMP! PAMP! PIMP! PUMP! bagi satu dunia tau esok nak raya...tengah malam sikit tlg mak, mak dara, mak usu...anyam ketupat, bakar lemang, kukus ketupat, kacau dodol, gaul rendang, masak lontong...aum! mengancam..halwa semua terbuka...halwa pintu pertama, kedua, ketiga, semua terbuka luas-luas...selere badak, anak gajah dah diseru..siap lauk pauk, kite rembat dulu sepinggan..nak merasa katanya...alamak macam tak rase sangat pulak rendang itik tu...rembat lagi sepinggan...mantap..perut kempis nipis tadi da bulat besau keras padu...
pegi ruang tamu tgk makcik senah tengah sibuk-sibuk pasang langsir baru..ade render-render pink..amboi macam undergarment da dibuatnye...render-render tak perlu la makcik senah ui...tapi tak pe lah...patah balik dapur, kat sebelah meja kecik ade siap tersedia kuih muih raye..almond london, batang buruk, semperit, coklat, gula-gula...dari tradisional ke moden..dari kencing manis ke darah tinggi..cukup korum...kat situ tlg akak leha pulak isi kuih dalam balang..esok ade orang nak datang beraya..2 pegang satu isi dalam balang satu kita balun..sambil buat kerja sambil bersenda gelak dengan kak leha..amboi makin lawa kak leha ni..bile nak kawin agak nye..semoga akak leha kawin cepat-cepat ye...
jam pukul 3 pagi..bunyi kat luar masih memanggil macam takde esok..POMP! PAMP! PIMP! PUMP! ok second round...jumpe leman anak ketua kampung, mintak sket kabait...meriam buluh 2.0 sedia nak di pacukan...sekali bakar POOMP! paling padu kat kampung ni..berdesing telinga..lepas je meriam buluh 2.0 dilancarkan satu kampung senyap..amboi macam majlis penutup haaa..abih main, balik rumah basuh kaki tido..esok nak siap-siap hensem tampan..
Bau da pikat deria, Baju da pikat teruna,
Pagi raya perut da diisi, Poket besar belom terisi,
Tangan da bau belerang, Bunyi letupan da mengisi ruang,
Jumpa mak ayah maaf aku minta, Tidak lupa juga buat kawan semua....
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri...
Sunday, 12 August 2012
sinikal
Saturday, 11 August 2012
Berani Takut
Dalam berani aku takut,
aku gentar, aku goyang,
Dalam berani aku kecut,
aku cuak, aku gerun.
Tapi aku pandai, aku hebat, aku mega,
aku sorok, aku buang, aku tanam dalam-dalam,
Orang tak nampak, tak hidu, tak bau,
tak rasa aku takut, aku sedang kecut.
Wednesday, 8 August 2012
Manis Pahit Rintangan
Marah bila hidup ade sikit kacau...merungut bila hidup ade rintangan dalam kehidupan...nak rasa yang bess je..Hidup rasa manis je...tapi betul ke itu kemahuan korang? betul tak nak rase sikit pahit? kalau makan kari ayam pun bukan manis je yang korang dapat..masin manis kelat susu cukup semua rasanya..semua ada..hidup tak meriah tak sesedap kari ayam kalau nak rasa manis je..lagi sekali tapi kalau korang nak rasa manis tak pelah..silakan marah, merungut dan rasa perasaan yang tak sedap tu bila korang dapat sikit pahit rintangan....kalau korang nak tau dan nak rasa hidup yang rasa manis je dan tidak ada apa-apa halangan fizikal atau mental, korang cuba la rasa jadi orang gila...owh maaf...orang kurang siuman...haaa jadilah...hidup sentiasa tenang ceria dan tiada halangan...
Aku Semangat Kayuh
Azan subuh berkumandang...saat ini aku kekenyangan dengan santapan sahur tapi kelaparan dengan semangat nak menyelesaikan tugasan akhir projek sarjana muda aku...cuma tinggal satu..tapi yang satu ini liat untuk ditumpaskan..semangat kene kuat kental padu......berlawan dengan nafsu kemalasan, dierat kuat dengan sakit yang tiba-tiba datang, aku kalah hanya dengan satu kayuhan je...macam Chris Hoy kalah kan Azizul Hasni Awang di pusingan dua kelayakan final...aku harap aku tak senasib Azizul...tapi aku sangat mengharap semangat aku macam semangat Azizul sewaktu dia memintas Chris Hos di perlumbaan final Olimpik di London...Bangun Wuduk, aku Solat....
Monday, 6 August 2012
Biar Mimpi Sampai Bintang
Gali kau dalam teras biar mimpi sampai bintang,
Terbang kau terus ozon biar mimpi sampai bintang,
Renang kau dalam dasar biar mimpi sampai bintang.
Biar ia sampai bintang,
Sampai terus langit ke tujuh,
Bintang di langit tujuh lebih bersinar,
Biar mimpi sampai bintang.
Sampai ke bintang,
Sampai atau tidak kau sudah lepas pecah lapisan ketakutan,
Ketakutan takut untuk bermimpi,
Sampai atau tidak kau sudah berjaya.
Tidak sampai bintang,
Takpa, kau dapat rasa manis bermimpi sampai bintang,
Mungkin kau tak perlukan bintang,
Tapi kau perlukan manis yang kau raih untuk sampai ke bintang.
Kau raih manis untuk sampai ke bintang.
Kau gagal,
Kau pandang bintang yang lain, kau pecut laju kembali mimpi sampai bintang,
Bintang yang lepas kau ludah padam sinarannya,
Bintang yang kini, kau jalankan mimpi sampai bintang,
Kau puji puja seperti bintang yang lepas yang sudah padam,
Biar mimpi sampai bintang.
Friday, 3 August 2012
cinta si khalifah (4)
بولن داتڠ ممبوڠكوق مڠاتور
بولن منجمڤوتڽ برسام مناهن دان برشكور
ڤواسا كاو سي خليفه عمالن باءيقمو باكل داوكور
ڤرباڬاي رسم خليفه اماتي
مالم 15 سداڠ دتمڤوهي
مندوڠاق ك لاڠيت مات دڤجام چهاي منراڠي
تيدق كاو بروبه چهاي ماسيه بنديراڠ
هاڽ سجنق خليفه ممندڠ
اڬر تيدق فيكيرنڽ مڠراوڠ
راس سايوڤ اي اكن برلالو كين
معافكن خليفه سكجڤ براواڠن
كيني دي كمبالي ممبورو، مليڬن عمالن
Thursday, 2 August 2012
Mati Tebal
kadang-kadang
aku diam terkedu..
otak senyap mendungu...
jari keras mengaku..
hati tebal menyebu...
Obsessophobia
Haaaa..kamus dewan seri negeri da keluar da..aku tak sure perkataan ni ade ke tak..tapi aku akan terangkan maksud perkataan ni dari segi pandangan halus aku..mungkin ade perkataan lain yang menggambarkan sama maksud dengan ape yang yang aku cakap..so kalau ade perkataan lain yang da sedia ade tu, harap diteriakkan sikit kat aku..aku dok cari perkataan yang bermaksud ni dah lame..tapi tak jumpe..yang aku jumpe perkataan obesophobia...tapi perkataan ni maksud nye sangat la ironi dengan ape yang aku nak capaikan...maksud obesophobia ni maksud nye takutkan gemok..tidak la sangat tak tepat...so dengan berani nye aku cube ketengahkan perkataan ni..dua perkataan yang aku capai menggabungkan menjadi satu..obsess dan phobia..
Obsess..dalam bahasa melayu tipikal kite, ia lebih dikenali sebagai menghantui..dalam contoh yang mudah aku bagi, obsess dengan coklat..makne nye menghantui coklat...menghantui boleh diseerti kan dengan menyukai...jadi sekali lagi ayat berubah kepada menyukai coklat...ok nampak tak equation atau persamaan die? (obsess = menghantui = menyukai) + coklat = menyukai coklat = menghantui coklat = obsess coklat...tapi perkataan obsess ni lebih kepada 'ter'..iaitu terlalui menyukai...ia perkataan yang berat sebenarnye..
Phobia...fobia...bermaksud fear atau takut...orang melayu kita selalu cakap perkataan ni kat seseorang yang baru terkena satu tragedi kemalangan atau kecelakaan..budak ni fobia lagi ni...acik fobia nak mandi sungai berikutan dengan tragedi rakan seperjuangan die lemas di bawa arus deras pantai..beb aku fobia la tgk muke ko camni..separuh dari contoh aku bagi..
Bila ia disemadikan bersama perkataan obsessophobia aku dapat..ia perkataan yang menggambar kan aku..sebab tu la aku carik..perkataan ni bermaksud takut akan terlampau menyukai sesuatu..dan tak suke kepada sesuatu yang terlalu menyukai sesuatu...diri sendiri dan disekeliling....
kenape kau tak bercinta bro? aku obsessophobia la..
Wednesday, 1 August 2012
Termudah
Tuesday, 31 July 2012
Diam-diam Dalam
Janji....tu satu bende yang kite kene tepati...betol? tapi interm of wat kite kene tepati tu...adakah ia mendatangkan kebaikan...atau lebih kepada keburukan...kebahgiaan...atau kesengsaraan...aku berbangga dlu aku seorang yang tepati janji...tapi setelah satu helai muka surat aku koyakkan...cerita yang dlu aku boleh angkat sebab aku tepati janji, aku da boleh hanyut kan kat sungai yang berarus deras..sekelip mata aku berkedip, helaian itu dah lesap hanyut..entah kemana..entah ada lagi atau tidak...tapi aku tak lemah dengan aku yang kurang tepati janji ni...aku tak gembira dengan hidup macam ni..aku ade sedikit bersalah...tapi aku berbangga...atas sebab ape aku bangga...mungkin aku sisipkan dalam helaian yang akan datang...cerita aku gantung...tapi aku buka menggunakan pintu yang berlainan..atas apa kita kene tepati janji tu? sekali lagi korang kene waras fikir pantas...
Jujur...kejujuran membawa kebahgiaan..ia melengangkan isu kekusutan dalam inspektor neuron menyelesaikan masalah dalam otak..hidup kan lebih tenang..perkataan ni aku tak sangkal..ia perlu dalam kehidupan...walau serumit macamane sekali pun...bila ia nye berlaku jujur keadaan rimas dalam kabus akan tenang dipadang ragut....kau perlukan sesuatu, kau cakap, kau teriak, kau laungkan jujur...
Sepi...Dalam satu kitab kehidupan pasti ada satu ruang sepi...sudah diisi atau belom diisi itu terpulang pada si pemegang pen atau pensil atau pena..tapi bagi kitab aku..kitab kehidupan aku...ruang sepi sudah beberape kali aku isi...kali ni aku rasa ingin mengisi nya untuk kesekalian kali..satu cerita dengan kasar nye telah menyepak dan menyepak* aku...aku tersedar..baiklah aku akan menyepi...keinginan aku harus aku abaikan..walaupun bukan dengan niat..walau niat kita betul tapi keadaan itu salah, ia tetap nampak salah..niat itu bidang akhirat, keadaan itu kawasan duniawi...dengan niat yang baik itulah mungkin menyeret aku kepada cerita yang tidak baik..sebab keadaan nya salah...insan yang bermata dua lebih nampak kawasan duniawi berbanding bidang akhirat...