Tuesday, 29 January 2013
Halimunan
Dalam menjalani kehidupan seharian, aku lebih tampak bergaya dengan perwatakan yang relak, cool dan seumpana dengannya..walau apa yang aku hadapi aku akan tetap tersenyum..tetap tenang..segala rintangan yang aku hadapi lebih mudah aku katakan seperti semut menggeletek si gajah..tiada yang dirasa..segala gundah terhadang seakan halimunan..
Gagah si Tuah dicabar pembuat roti,
Keris dihulur, penggulung roti dipegang erat,
Gagah Tuah dicabar anak sultan anak si permaisuri,
Keris ke bumi, segala halimunan diperlihat.
Pabila bulan mengambang, aku seakan layu..segala gundah yang aku lindungi yang aku halimunankan, semua aku perlihatkan..hanya pada si bulan yang mengambang..seakan rela atau boleh dikatakan seperti menyerah diri..bukan kerana tiada nya kuasa atau keringat, tapi ia kerana CINTA..
Tempat untuk berkongsi segala gundah, susah, gembira dan senang..halimunan hilang..
Friday, 18 January 2013
Terima
Terima sajalah...
Sambil aku hidup bersahaja..
Ada rezeki, hidup yang mahal tu mampu aku beli..
insyaAllah..
Thursday, 17 January 2013
Otak Cergas
“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”
Wednesday, 16 January 2013
Tuesday, 15 January 2013
Satu Bunyi
Listen, listen, listen..listen to me..
Kenapa bunyi itu tidak disinkronasikan?
Kenapa bunyi itu liar membingitkan?
Satu maestro tapi dua bunyi..
Pemimpin orkes yang gagal beraksi..
Sana tiup itu, sini ketuk ini..
Pemerhati muda ramai meneliti..
Pimpinannya bakal musnah..
Negara goyang bakal hancur punah..
Cuba maestro itu gabungkan dua menjadi satu..
Dan biarkan mereka bertekak didalam satu bilik beku..
Isi tidak keluar dan persefahaman dilafaskan..
Tiada aksi yang perlu disunting untuk tontonan..
Satu Malaysia sudah..Kini aku mahu satu bunyi..
Sunday, 13 January 2013
Tahun 2013
O.K.
dah 13hb januari 2013..baru rase nak tulis pasal 2013..
phew..nampak tak, bukan main busy nye aku..
sikit saje pasal tahun 2013..
ayah kata "tahun 2013 ni, kene jadi lebih berani sikit"
itu kata ayah..
jangan risau yah...
Tuah akan cari hilang taming sari..
Tuah akan ikat kawan dengan si Jebat..
Tuah akan cuba pecahkan tradisi..
Tuah kuat, Tuah tegar, Tuah anak yang hebat..
dengan lafaz Basmalah..aku pegang semangat Tuah..
aku cuba tidak menyerah..
Bismillah..
Saturday, 12 January 2013
gila cinta si bulan
Perasaan bukan perasan atau prasangka
Sampai senyap-senyap masuk dalam hati tanpa jejak kaki
Tak berketuk hanya menyelinap senyap
shhhhhh...
Rasakan ini
Siapa yang rasa dia yang gila
Si penulis sedang gila..
Bulan digenggam, tiada bintang tiada gelap malam
Ku mahukan bulan ku dapat bulan..
Ku simpan bulan sorok tak tunjuk semua..
Sila cari bulanmu, ini bulanku
Bulanku cinta hatiku
Si penulis sedang gila
Gila cinta si bulan..
Sunday, 6 January 2013
Teeet Tooot Teeet Tooot
Bukak blog...ok nak tulis pasal ini la...haa lepas itu tulis pasal ini..ok cun...tibe-tibe...
Teeeeet tooooot teeeeet tooooooot....hp berbunyi...
Hey turun kat bawah jom pergi site...tindakan 5saat..tutup laptop, angkat beg, cabut...
Ok sibuk sket skang... ;D #SilentReader
Subscribe to:
Posts (Atom)