Monday, 29 April 2013
gelap ada sinar
Gelap awan itu gebu gelapnya,
Terbang dia terbang laju mencari sinar,
Gelap depan itu biru warnanya,
Terbang aku terbang tuju bulan bersinar
Monday, 22 April 2013
Hijau dan Biru
Angin kencang,
Berkibar, alun serentak angin,
Sebelah kanan aku nampak hijau,
Dibalas alun biru di kiri,
Musimnya sudah tiba
Masa untuk memangkah,
Eh bukan, bukan pangkah,
INI KALI LAH!!!
Bagaimana kau tentukan?
Adakah dengan akal?
Atau kerana sogokan?
Atau mak abah pokteh dan kau pula mewarisi
Sesetengah kata ubah!!!
Ada yang kata KEKAL!!!
Aku kata UBAH!! kerana manifestonya hambar,
Aku kata KEKAL!! kerana tiada sifat monopoli
Bukan tidak kenang yang lama,
Tapi manifestonya hambar dan tidak menarik,
Bukan tamak mahukan perubahan,
Tapi sikap adil buat aku tertarik..
Dengan nama Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)