Monday 26 March 2012

warna


bila
 kau bermain dengan warna, campurnya, adunnya dengan teliti jika mahu ia cantik dan menarik..
sama seperti kau bermain dengan kehidupan.. (conundrum)


warna ibarat hidup 
salah kau satukan, ironi si cantik yang kau hasilkan
salah kau selit kan unik-unik kehidupan
sesal lah si penunggang melatih kudanya



Wednesday 21 March 2012

manis dan pahit


kadang-kadang 
ia bermula dengan pahit nya dan berakhir dengan manis nya...
dari berdoa untuk tidak datang pahit itu lebih baik berdoa yang manis itu berlaku...pengajaran dan kegembiraan lebih bermakna..hidup lebih matang... (conundrum)


dua terjadi lebih bermakna dari satu
walau dua itu duri kau tempuh
kau belajar erti masam dan madu 
dari manis menjadi kau manja dan bodoh

Sunday 18 March 2012

chord mantera beradu - Malique feat M.Nasir


kuhunuskan keris musuh ada pistol 


am c g am   #repeat

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna....


lisan di tebar bila jala berselerak
otak mu merangkak bila rangka retak selerak
ilham ayat bahasa gelanggang bahasnya di jiwa
ku mula berpena bila semua meracuni minda



Friday 16 March 2012

realiti ironi



Sedang waktu ketika kau menelaah kitab hijau Tuhan mu, Allah ku..kawan mu menyapa..
dengan pantas ketika itu kau berhenti membaca dan mula berpaling kepada kawan itu...
berborak hingga lupa laluan sebenar yang tadi nya sedang di dikait dengan berhati-hati...

Kisah nya berulang, ketika kau sedang terhibur dengan kata kawan itu..bergelak tersenyum dan
gembira..sedang itu, terdengar sapaan laungan kata hikmah milik Allah ku...dan kegembiraan tadi mula 
sunyi sebentar...dan apabila laungan itu tamat, kau mula menyambung episod tadi yang terhenti seketika..

kisah realiti yang seerti tapi akhir nya sangat ironi...

jiwa berontak


waktu siang padamu
adalah waktu malam padaku

kerana kau tak mampu 
mendengar ratib kegelapanku

atau melihat kibas kepakku pada bintang





novel urban kontemporari malaysia : selut press


angin hitam


bila sang perwira dimandikan, 
sang pencinta dikafankan, sang bapa dinesankan, 
angin hitam dihembus ditiup sayup didataran bumi.. (conundrum) 


Thursday 15 March 2012

keluar


berlari ke atas, ku tinggal kan yang dibawah
mereka tertinggal tercicir berpeluh basah

berhenti ku berjalan dan mula berlari
memandang di hadapan masih tidak jumpa apa yang dicari

terpegun akan satu cahaya cantik dan menawan
ia ku jumpa ketika puncak atas di awan

sepurnama dulu pernah janji ku ukir
dan ternyata ia benar tidak kan ku mungkir

atas puncak gedembai bertapak kaki
cahaya pertama bersama melihat berpasangan nya nanti

jalan dah di lakar titik dah di sambung
perlawanan baru bermula bersedia lah untuk bertarung



beranikan diri



Langkah ku keluar
 menyelusuri duri dunia petak yang kecil ke alam yang lebih luas dan terbuka untuk ku dapat berfikir secara rasional. Dan dengan itu aku menjadi seorang yang lebih terbuka melihat keseimbangan dunia yang telah Allah tetap kan dan aku hanya mengikuti aliran sungai putih dari Nya. 


Dengan keyakinan di dalam saku, aku terus beranikan diri melangkah dan melangkah untuk menuju sesuatu yang mampu mengubah diriku menjadi bayangan sifat seperti seorang Nabi dan Rasul. Ketabahan dan Kesabaran akan terus ku pikul; akan terus ku heret bersama ketika menapak kan kaki ku di setiap duri yang berada di atas laluan...

Harapan nya nanti pabila ku keluar dari petak duri itu ku akan menjadi seorang yang lebih baik dengan sifat dan amalan Nabi dan Rasul di dalam saku disebelah lagi. insyaAllah

Wednesday 14 March 2012

sedih hiba gelisah


sedang aku tidak merasa
rupanya ia amalan ku yang membantu
bacaan ku selepas sujud ku
rasa sedih hiba gelisah ku terhindar


hikmah dari sini untuk ku
bacalah fahamilah dan hayatilah
huruf jawi dan ruminya 
setiap nya membawa maksud setiap nya bermakna

terima kasih Allah

Monday 12 March 2012

Sabda


usah gusar jika anda miskin. 
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Aku berdiri di pintu syurga, ternyata sebahagian besar manusia yang memasukinya adalah kaum fakir miskin" 
(Riwayat Syaikhain)


baca ku untuk
ilmu ku ditambah

baca ku untuk
pemahaman ku bersih

baca ku untuk
pemikiran ku optimis

baca ku untuk
iman ku meningkat

kerna kata-kata Allah itu benar dan tidak dapat disangkal

Sunday 11 March 2012

black fog





when there is black fog came after u, dont ever give up...
maybe there is a peak with a sunrise seeking for u... (conundrum)


Saturday 10 March 2012

lima belas


lapan tiga lepas genap sebulan
hari ku lahir mengikut kalendar Islam
yup! tahun ini bulan untuk aku
tujuh dua jatuh pada lima belas rabiul awal

bulan yang bulat besar menyinar dan ia untuk aku
tidak sedar sebenar nya, tapi bila sedar ia memang untuk aku
terima kasih Allah, syukur, sangat bersyukur
lapan tiga aku dongak ke langit bulat besar, aku akur

apa sebenar nya yang tersirat yang mahu Awak tunjukkan?
saya harap perkara yang gembira dan tenang
melihat keindahan mu saya terpaku dan berdoa
"Ya Allah, Awak tenang kan hati saya, pemikiran saya, nafsu saya, kehidupan dunia dan akhirat saya"

dan menanti lima belas yang akan datang akan ku bersabar


Saturday 3 March 2012

bila dan perlu


bila kau berjalan ditempat yang gelap
kau perlukan lampu untuk kau sinarkan
bila kau suram hiba dan sentap 
kau perlu kan teman untuk dihiburkan

pabila kau perlukan semua dan pada masa itu ia tiada
pabila ia tiada menadah lah mu untuk diberikan ada

tiada segala masalah itu buntu
pasti ada laluan yang kau temu

tiada semua jalan itu yang kau idam kan
tapi ingatlah ESA tahu apa yang kau perlukan

(gambar cekup google :D)