Thursday 29 November 2012

Terasa Dijajah



Lagi sekali terasa dijajah.
Arahan diberi disuruh dan diarah.
Tak masuk akal, mengarut.
Perlahan aku tunduk dahi berkerut.

Dari teknikal diheret buas masuk ke ofis.
Macam hang tuah disuruh simpannya keris.
Dari di gelanggang keluar gelanggang masuk ke dapur.
Di beri sudip kuali tidak lagi bertempur.

Tak boleh melawan.
Itu lah arahan.
Nak disilang nanti kata menderhaka.
Tak disilang jiwa aku merana.

Arahan diberi disuruh dan diarah.
Lagi sekali terasa dijajah.



Wednesday 28 November 2012

Realiti Palestin




Helaian akhbar kini tidak lari dari berita di Gaza.
Perperangan.

Lari dari surat khabar, aku pergi ke laman Facebook.
Isu masih sama.
Dan kali ni lebih sedih dari si akhbar.
Gambar yang tidak ditapis tidak seperti di akhbar.
Dari kanak-kanak hingga ke dewasa dan yang tua.
Wanita.

Sedang bermain bola.
Kalau di Malaysia kanak-kanak nya gembira dirintikkan hujan.
Ironi di Palestine.
Kanak-kanak nya menangis kehilangan rakan sepermainan.
Dihujani peluru.

Wanita.
Malaysia lagi.
Gembira berjalan-jalan dan berlenggang-lenggang.
Beza di Palestine.
Berjalan tunduk, bongkok.
Elak Peluru.

Laman yang lain aku belek Youtube.
Sedih.
Tangisan, raungan, keperitan.
Keberanian.
Gadis 5 tahun gagah dengan tentera Israel dia berlisan.
Diam.
Terpaku semua terpaku, aku yakin.

Bersyukur.
Dengan apa yang aku ada, aku alami, aku diami.
Aku bersyukur.
Sambil mahu membantu sahabat di Gaza.
Aku sedikit lemah.
Suara aku mungkin tidak didengari.

Doa.
Ini yang aku mampu.
Ini yang aku kuat.
Ini yang aku buat.

Walau apa doa kau, Matlamat kita sama.
Untuk Gaza.
Untuk aman.
Bahagia.


Thursday 22 November 2012

Hebat Sangat



Malam tadi lepak ngan staff.
Men badminton.
Pukul bola laju.
Mantap gile.
Men cam pro lee chong wei.

Kiri ke kanan.
Depan ke blakang.
Skali ke depan, terdepan sangat.
PAP! pipi aku terkene net.
Jaring.
Tergesek.

Lalu cermin mata aku menghempas bumi.
Mata aku berair.
Peh sakit, pedih.

Pandangan mata kiri sedikit kabur.
Balik rumah tidur.
Harapannya esok bangun sihat lah semula.

Bangun pagi.
Ok still same.
Kabur.
Cuak.

Hebat Sangat.


Wednesday 21 November 2012

Bersabarlah




Bersabarlah kawan.
Kau kan masih muda.
Masih baru dalam arena ini.

Kau kan masih kecil,
Masih putih dalam persada ini.

Nanti bila kau dah comot.
Jangan kau mengeluh kau buruk, kau hodoh pulak.

Bersabarlah kawan.
Kau kan budak praktikal saja.
Tak tau apa-apa.
Tak kenal sistem yang dikendalikan dalam ofis ni lagi.

Bersabarlah kawan.

ok aku bagi pencerahan untuk tulisan aku diatas. sedia maklum, aku budak praktikal bagi kursus aku. aku ambil sarjana muda rangkaian komputer.yes sarjana muda.aku sangat mengharapkan sesuatu yang mencabar dalam sesi praktikal aku.lebih berat dari belajar mungkin.tapi aku disini dilayan seperti budak praktikal saja.aku nak kerja yang lebih berat.tolong lah bos.percaya pada aku.aku mampu buat apa yang pekerja lain buat.mungkin lagi sempurna, lagi baik.

bos bagi aku kerja budak-budak diploma saja.komputer tak de internet.tak boleh print.troubleshoot.aku mungkin perlukan sesuatu yang aku puas hati.lebih besar.bertambah aku runsing bila pagi aku masuk ofis kerja-kerja aku semua aku dah selesaikan.dan aku mengadap facebook, youtube sementara pekerja yang lain sibuk dengan kerja-kerja mereka.malu la beb.aku nak buat apa pun aku tak tau.kang cakap aku tak buat kerja pulak.tapi mereka tidak sedar yang kerja mereka bagi tu sangat la mudah bagi aku selesai kan.

baik, dalam tulisan aku ini aku tau aku berlagak.tak payah ingat kan aku.tulisan orang yang sedang geram, memang begitu.maafkan aku.aku cuma nak tekan kan kat sini yang aku dah bersedia nak mengadap kerja yang lebih berat.lebih kongkrit.aku memang runsing sekarang.

sedar.yup aku sedar aku budak praktikal.dan mungkin ini saja kerja-kerja aku.aku nak bagi tenang hati aku cakap, *takpe, ini praktikal saja.bukan kerja pun. bagi tenang hati.

maaf, tulisan orang dibawah normal.



Tuesday 20 November 2012

Pekan Frinjan Edisi 29




aku pasti hadir...
tapi lambat sket la..
name pun keje ==,


Monday 19 November 2012

Pulang Si Alien



Disaat aku sakit kusut fikir segala yang mendatang...
Sang alien sampai tiba...
Seminggu kau terbang hilang dari anak mata aku...
Kini kau mendarat dengan segala keceriaan...
Sampai ke bumi yang aku duduki...

Dalam erti yang ironi aku memang sangat gembira..
Tapi yang sebenarnya aku bertambah kusut....
Terima kasih alien ku...
Sebab kau hilang dalam seminggu ni...
Dan datang dengan satu lagi kekusutan...

Tapi yang benar nya kau ni, kau fahami aku...
Dari yang disekeliling aku...

Kadang-kadang alien yang terbang tinggi tu lagi fahami aku..
Dari manusia yang disekeliling aku..
Tapi yang tinggi tu tetap tinggi, buat aku runsing..
Yang disekeliling hurung aku macam najis, aku bingit lagi runsing...

Persetankan kusut yang aku hadapi...
Aku gembira kau pulang...
Sangat gembira...




Sunday 18 November 2012

Lirik Lupakan Semalam - SalamMusik Chord





Am         F             G  (strumm sampai kiamat)

Belok kanan belok kiri
Ke manakah engkau nak pergi
Jangan biarkan nasib menguasai diri
Jangan ribut-ribut nanti kau tersangkut
Cuba kau fikirkan dulu

Kini kau dah terjerat
Terjerat di sangkar maya
Jangan kau percaya pada si murai
Kerna dia akan hanya cipta kekalutan
Cuba kau fikirkan dulu

Fikirkan dulu
Hari ini atau esok
Lupakan semalam
Hari ini atau esok

Lambat laun kau sedar kau putus asa
Tak tahan dengan cahaya matahari
Oh kawan jangan kau gentar
Kau harus berdiri menegakkan diri

Hari ini atau esok
Lupakan semalam
Hari ini atau esok
Lupakan semalam
Hari ini atau esok
Lupakan semalam
Hari ini atau esok

layan lagu ni..style..chord aku xsure but aku men cam bes je gune chord tu..lau salah or ade chord len mohon share...promote salam on..


Wednesday 14 November 2012

Dah Seronok Lupa



Dah seronok lupa..
tak ingat dulu aku yang tadah air mata kau?
tak ingat dulu aku jadi beg pasir kau sepak terajang?

Bukan aku ungkit..
tapi terang sangat..aku tak mintak kau jaga hati aku..
tapi rasional lah..sebagai kawan kan..

Tak pe..
aku tak marah..
aku tak simpan dendam..
cuma sedikit kecewa..kau tak ingat ke dunia ni bulat?
aku sayang kau..aku tak mahu kau terima air kahak kau sendiri..

Tak pe..
aku tadah sepuluh jari ni aku doa..semoga kau tenang..
semoga kau gembira aman dan bahagia..

Tapi ingat..jauh mana pun kau lari..
jauh mana pun kau terbang..
aku harap kau tau carik aku kat mana..

Aku kat sini..statik sendiri..
dipersilakan..



Tuesday 13 November 2012

Aku Hidup Dalam Darurat



Darurat - pengistiharan pengumuman pemberitahuan kerajaan yang lazimnya menggantung fungsi-fungsi biasa tertentu dalam kerajaan, ingatkan rakyat supaya ubah tabiat biasa mereka (wikipedia)

Aku hidup dalam darurat..darurat yang macamana? darurat aku, aku buang semua egois yang ade dalam badan..yang ade dalam minda..dalam pemikiran...semua aku lucutkan..semua aku gantung keluar dari jasad kering ini..mungkin sedikit gemuk...darurat aku isytiharkan dalam diri aku...

Bersedia sebelum aku rasa..aku sediakan payung sebelum hujan...aku bukak kotak pemikiran ini aku lipat aku biarkan ia bebas..keluar dari kotak, keluar dari kepompong, dari tempurung..aku hidup senang sekarang..tapi bila datang susah boleh aku terima? tidur rumah kampung bernyamuk, tanpa kipas-panas, boleh aku lelap? aku dah fikirkan semua itu..kau orang bagaimana?

Sedia maklum, apabila darurat kita kene ubah sifat atau tabiat biasa yang kita lakukan..sediakala makan bersudu, oren jus, napkin di dada..aku daruratkan diri aku..aku terima selain dari yang ini..selain bersudu garfu, oren jus manis, napkin pelapik dada..aku mampu makan dihidang berlapikkan tempurung kelapa yang sudah basi dipenuhi nasi yang biasanya dimamah riuh si ayam jantan..dan duduk di atas busut reput..kerana apa? kerana aku hidup dalam darurat...

Aku mampu hidup semiskin rakyat somalia, sekaya Bill Gates..

Aku hidup dalam darurat..

Monday 12 November 2012

Lirik Tuhan Jagakan Dia - Motif Band Chord


Motif – Tuhan Jagakan Dia Lyrics & Chord



Intro: A G# F#m Bm Bb E A G# F#m Bm Bb E
A
Hanya dirimu yang kucinta
Bm
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
E A
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
*
A
Walau kutahu kau tak sempurna
Bm
Takkan membuat aku jauh darimu
E A
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Reff:
D E C#m
Tuhan jagakan dia,
F#m Bm E A
dia kekasihku kan tetap milikku
D E C#m
Aku Sungguh mencintai
F#m Bm E A
sungguh menyayangi setulus hatiku
Back to *

source - Rahmat Guitar Chord
aku terase lagu ni bermakne pulak...
copy and share..

Thursday 8 November 2012

12.54 malam



sejuk......
itu satu perasaan mungkin..atau lebih tepat, deria...dan bila ia mencapai satu takat yang
tak mampu aku tahan, ia lebih senang dikatakan sebagai trauma..mungkin fobia...rasa yang
buat satu tubuh menggeletar dan tak mampu untuk dicegah...metabolisma dalam badan
menurun mendadak...sehinggakan hunusan pensil yang sedikit tumpul mampu menghidupkan
satu deria sakit yang agak minima...tapi bila bertemu dengan pasangan yang sesuai, sejuk amat disayangi..amat dihargai..

katil.......
pasangan yang paling sesuai.....lebih-lebih lagi di waktu malam dengan helaian selimut yang agak
tebal dan lembut..bagai dibelai pari-pari syurga dan terus dibuai halus dengan nyanyian enak si angin
mendayu..ia sempurna..ia kesukaan semua...gandingan antara kedua-dua belah pihak sangat serasi
dan setiap langkah amat selari...sekian lagi dengan dendangan nyanyian halus si angin..diikuti paluan
rintikan hujan menemui atap zink..semuanya enak apabila berlaku di suatu masa....

malam.....
tanpa gandingan si sejuk bersama si katil, ia tetap berdiri teguh bagai batu tebing yang
dilanda ombak deras..mungkin ia ombak arus permodenan...
malam tetap terjadi dan setiap pelusuk makhluk di bumi dan mungkin jika
adanya makhluk di bima sakti, semua akan merasa dan menikmati malam dengan cara tersendiri...
tertonggeng, menelangkup, meniarap, menelentang dan mengiring..tidak kurang juga yang
bergayut terbalik kaki di atas..cara masing-masing, ciri-ciri masing-masing...bagi menikmati malam
yang mungkin indah atau pasangan nya kecelaruan...indah terus dibuai syurga, kecelaruan
terus merasai haba kegelisahan...bersedia atau tidak, bolos saja malam itu...tidak menunggu atau
mungkin jika ada yang menunggu, ia adalah siang...

rasa yang terindah adalah pilihan...selamat malam....


Saturday 3 November 2012

Simpul Berulat Putih



yang simpul itu terus simpul,
daya aku mati ditengah perjuangan simpul,
mati terikat terbelit senak simpulan sendiri,
rimas, fikiran aku rimas penuh simpul,

saat aku diluar pemikiran normal,
aku rentap, aku sentap, simpul,
ia jelas merumitkan, simpul terus mati ketat,
nafas terus terhenti, tinggal baki dalam jantung dan nadi,

simpul yang tadi setompok kini ramai,
penuh setiap isipadu setiap sudut sfera pemikiran,
normal kini merudum, jatuh terus tersembam ke bumi,
merangkak bagai tulang tidak lagi berfungsi,

aku diam disitu, bisu titik akhir,
lalat berkepak empat menghurung, menghuru hara kan simpul,
kini simpul sudah berulat, menggeremut sendi putih si ulat,
menjelajah disetiap simpul ke simpul dan simpul,

simpul berulat putih..
mati.