Saturday 1 August 2015

bunuh diri

aku lihat gambar sepasang kekasih bunuh diri..astaghfirullah..

dalam sfera pemikiran, aku terfikir.. semasa mereka bunuh diri tu mereka sebut ape?

aku kuat untuk melakukan sesuatu dengan bacaan basmalah.. bismillahirrahmanirrahim..semua perkara aku mulakan dengan basmalah..

tapi dalam situasi mereka..ketika mereka bunuh diri..mereka sebut ape??

astaghfirullahalazim..


Wednesday 15 July 2015

syukur ramadhan 29 2015

ya Allah tempatkan aku dalam kalangan orang y bersyukur...

ramadhan 29 2015

bile aku scroll, terpampang satu gambar yang buat aku sayup..buat aku fikir bertapa wajib nye aku bsyukur...walau kadang itu aku rasa tidak mencukupi..

seorang ayah yang membawa tiga orang anaknya..dua anak kecil dihadapan..kakak dalam usia 11 tahun dibelakang..beg diikat dibelakang motosikal..minyak spare digantung disebelah kaki kanan..

aku cuma terfikir keadaan anak kecil tu..dalam gambar cuacanya agak panas..terik..bayangkan anak kecil y sedang berpuasa? bayangkan ketika dalam perjalanan tiba tiba hujan membasahi?

aku harap ayahnya dapat bersabar..jadi lelaki ini hatinya kena besar! kau tunaikan tanggungjawab kau sebagai seorang ayah, suami, lelaki...insyaAllah syurga untuk kau...

ya Allah aku masih tak mampu bayangkan jika aku ditempat mereka..tak, bukan aku ditempat mereka..tapi aku tak mampu bayangkan jika keluarga aku ditempat mereka..ya Allah..

aku tak nak upload gambar mereka disini..sebab aku rasa tak patut aku buat begitu..kalau korang semua tau atau perasan gambar y mana, ya itulah dia..

ya Allah, permudahkan urusan mereka..

Thursday 25 June 2015

isteri

jadi isteri tu tak mudah..aku nampak, aku lihat tapi tak dapat membantu.. mungkin ada, tapi hanya perpuluhan satu..mungkin tak sampai..sebagai suami, aku berbangga dengan usaha dan segala..cinta sampai mati <3


Thursday 28 May 2015

Buang

Sampai satu masa nanti sanggup ke aku buang dunia untuk kejar akhirat?



















pernah korang terfikir?

Tuesday 28 April 2015

Indah tu tak mudah

Kalau nak yang indah tu tak mudah,
Tak macam pusing pili dapat alir,
Tak macam berucap mengeluarkan yang zahir..

Kalau nak yang indah tu tak mudah,
Perlu ada keringat tika menebas,
Perlu ada usaha memecahkan yang keras..

Kalau nak yang indah tu tak mudah,
Tapi kalau seni silat sempurna,
Kalau jurnal penuh cerita,
Bukan indah yang diraih,
Tapi mentari yang datang menagih..

Ahmad, 26 April 2015

Thursday 23 April 2015

Langsat

aku bukan panas baran..tapi aku cepat marah bile bende yang aku rase senang ni aku tak boleh nak selesaikan dengan mudah..dan bile aku marah tu semua benda aku langsatkan..tak dapat parking pun kadang aku boleh panas..

tapi bende paling magik skali..dalam tengah panas tu aku akan tarik nafas dan dalam hati *astagfirullahhalazim..pomp! magik..macam tekan butang reset kat kalkulator..tapi kenape sebelom aku langsatkan bende2 yang aku panas kan tadi aku tak tarik nafas dan tak beristighfar?

syaiton~

ini semua syaitoon..

langsat betul..


Wednesday 22 April 2015

Nelayan


ketika aku berlari, aku campakkan semua cinta
berpegang pada janji, aku terus pejam iras si buta
bukan merancang, tapi semua yang jadi hanya arus
tidak mengenang, semua cinta tadi terus dirindui halus
kenapa dilakukan walau hati masih suka masih berpaut
seperti yang diperkata hanya arus dan si nelayan melayan hanyut


Friday 17 April 2015

Perjalanan

Taman cantik dengan bunga,
Sejoli diulit dengan cinta,
Pesilat kuat dengan senjata,
Pasangan bahagia dengan permata,

Bunga,
Tak luruh selagi tak dijamah,
Mentari terik bak musuh yang indah,
Disenangi walau kesannya diketahui,
Ditatang walau implikasi menyakiti.

Sejoli,
Merpati tu terbang tinggi tak ingat bumi,
Terbang rapat kata indah janji dimeterai,
Tinggi, terik silau kerana mentari,
Satu tu turun terbang rendah merapati bumi.

Pesilat,
Klasik bagi antik melaka,
Seni dibawa gerak pasak dibuka,
Tak bertukar cinta walau silih bertukar senjata,
Bak imannya naik dan turun tapi tetap  sujud pada yang Esa.

Bunga tadi kembali mekar,
Gengaman sejoli kembali berakar,
Pesilat kegelanggang datang mencabar,
Jantungnya dibumi janji diikrar.

Ikrar diterima dek cinta abadi,
Dua nakhoda berpakat bulan pertama disepakati,
Masjid yang agung sedang disusuni,
Batanya kukuh dari gunung yang disegani.

Setelah siap masjid agung dibina,
Pasangan tadi bahagia dilengkapi permata,
Juga dalam purnama yang pertama,
Anugerah ulang tahun cinta yang utama. 

Alhamdulillah.

Sunday 12 April 2015

Adil

Sakit datang bila terlalu mengharap,
Bila terlalu memuja,
Masa terlalu mencinta..

Kau beragama tak seindah bercinta,
Tak sentiasa memuja,
Tapi selalu berharap..

Kau tak adil dengan Pencipta,
Kau fikir kau dapat dunia?

Kirimsalam..

Ahmad - 9 mac


Friday 10 April 2015

Ubat Akhirati

Kadang kite sakit kerana terlebih makan
Jadi berpuasalah

Kadang kite sakit kerana terlebih gerakan
Jadi berpuasalah

Kadang kite sakit kerana terlebih cakapan
Jadi berpuasalah

Berpuasa dari makan yang melampaui,
Berpuasa dari melakukan aktiviti,
Berpuasa dari menyebut perkara luar tabii
Perkara yang sia-sia
Perkara yang mendatangkan bahaya

Satu hari kau sakit
Puas segala ubat duniawi
Cuba pula kau ubat akhirati ini
Cuba

Ahmad - 23 Mac 2015 - puasa

Thursday 2 April 2015

Petak Hitam


Petak Hitam = Kotak Hitam
Fungsi = Menyimpan data/memori

Dari kisah MH370 aku dapat perkataan ni..sepanjang aku menulis aku rase 90% dari penulisan aku adalah metafora kehidupan aku sendiri..jadi ia seakan diari yang aku abadikan di laman sesawang dimana selari dengan kerjaya dan latar belakang aku (berpengetahuan dalam bidang iT)...

Jadi dari conundrum aku tukar ke petak hitam..

Saturday 28 March 2015

Penulisan

aku cuba untuk tak tulis soal politik, gst kat facebook page aku..tapi hati meronta-ronta meminta..come on hati, jangan libatkan soal-soal negatif dalam penulisan kau...biar negatif yang diselindung dan bukan nyata membuka...bermetafora dalam contengan, bukan tuju dengan subjektif yang nyata...biar mereka berfikir dalam membaca, biar mereka sedar tanpa disapa..lebih bermakna lebih terkesan dihati..

takpe nanti bila dah 1 hari genap status tu, aku delete la..hmmmmm untuk kebaikan semua..atau delete status tu sekarang supaya tiada sapa yang perasan...

argh!!

Sunday 15 March 2015

Cinta


cinta bila kita amati,
kita akan sakit,
kita akan tersiksa,

dalam taman ada ros,
kau lihat dari jarak,
kau jatuh terpegun,

jangan hampir menghampiri,
nanti kau sakit,
nanti kau terluka,

cinta cantik bila kau tahu kurang,
kau tak nampak dalamnya,
kau tak lihat celanya,

kecuali kau bersedia,
kau dah kematu terima luka,
terima yang angin akan gugurkan kelopak ros kau,
terima yang mentari akan keringkan dedaun ros kau,

masa itu kau akan lihat satu cinta yang baru,
cinta yang lain dari kali pertama kau lihat cinta kau,
cinta yang abadi, yang akhirati.


Sunday 1 March 2015

Lama


Sudah lama mengalah,
Kali ni aku cuba menyerlah..

#basmalah

Thursday 26 February 2015

Menghargai

Dari kecil aku belajar mengaji,
Remaja aku belajar universiti,
Kerja aku belajar menepati,
Kini dewasa,
Aku belajar menghargai..

Ibubapa segalanya..

25 Feb 2015, pasar malam

Sunday 22 February 2015

genting



dalam suasana genting ni,
kadang aku rase ade manis,
tapi tak dinafikan lebih pahit..

sakit oih..

due puluh due feb





aku bukan menangis kerana sedih atau hampa..
aku cuma gembira yang tidak dapat diungkap dengan kata..
dengan lafaz sebagai seorang insan..
terpendam bukan beban..
tetapi terpendam keringanan..
gembira dengan usaha..
dengan apa yang aku lakukan..
apa yang aku usahakan..

Saturday 21 February 2015

selamat malam malaysia





selamat malam malaysia,
meski lena mu disisi rasuah
jangan selesa sahabat
ini tuhan mengujimu

selamat malam malaysia
dunia sedang tidur lena
kami doakan untukmu
bertaubatlah segera

lagu asal selamat malam rohingya


Thursday 29 January 2015

Sunyi


perjalanan itu sunyi tanpa bayang,
kadang suram tanpa desing,
tanpa cahaya walau siang,
tidak bingit walau bising..

Saturday 3 January 2015

mohon ampun


terlalu banyak luka,
tidak bermakna ia tidak dapat diubati,
terlalu banyak dosa,
tidak bermakna ia tidak akan diampuni.

#taubat