Friday 17 April 2015

Perjalanan

Taman cantik dengan bunga,
Sejoli diulit dengan cinta,
Pesilat kuat dengan senjata,
Pasangan bahagia dengan permata,

Bunga,
Tak luruh selagi tak dijamah,
Mentari terik bak musuh yang indah,
Disenangi walau kesannya diketahui,
Ditatang walau implikasi menyakiti.

Sejoli,
Merpati tu terbang tinggi tak ingat bumi,
Terbang rapat kata indah janji dimeterai,
Tinggi, terik silau kerana mentari,
Satu tu turun terbang rendah merapati bumi.

Pesilat,
Klasik bagi antik melaka,
Seni dibawa gerak pasak dibuka,
Tak bertukar cinta walau silih bertukar senjata,
Bak imannya naik dan turun tapi tetap  sujud pada yang Esa.

Bunga tadi kembali mekar,
Gengaman sejoli kembali berakar,
Pesilat kegelanggang datang mencabar,
Jantungnya dibumi janji diikrar.

Ikrar diterima dek cinta abadi,
Dua nakhoda berpakat bulan pertama disepakati,
Masjid yang agung sedang disusuni,
Batanya kukuh dari gunung yang disegani.

Setelah siap masjid agung dibina,
Pasangan tadi bahagia dilengkapi permata,
Juga dalam purnama yang pertama,
Anugerah ulang tahun cinta yang utama. 

Alhamdulillah.

No comments: