Sunday 30 December 2012

Jemputan Anna


(avenue tuka last min, seksyen17 shah alam)

jumaat lepas....aku dpt jemputan dari Anna Band utk accompany diewang pegi GiG Nasyid Underground ni..diewang dapat satu slot utk perfom ritu..ape lagi dengan rasa rendah diri, setelah pulang dari kerja 6.30pm, maka hamba melabuh kan kenderaan usang hamba di dewan serbaguna seksyen 17 shah alam...

errr..disini hamba nak menyusun sepoloh jari, sebab hamba terlupa nak invite korang ke event ni ==, maafkan hamba penunggu gua...dan utk korang nah amik ni..

puisi dari Anna Band : Saudaraku disini, saudaraku disana


Anna Band : Puisi Melodi Kami



Friday 28 December 2012

Seringgit Seminggu



Seringgit Seminggu
jangan lah kau tamak sangat
jangan lah kau kedekut tak ingat

pergi sana beli itu 
pergi sini beli ini
masjid pernah kau sen kan? 
anak yatim pernah kau ringgit kan??

seratus sehari ibarat kahak ludahan
tak kan seringgit seminggu tak mampu kau bekal kan?

seringgit seminggu weh seringgit seminggu
seringgit seminggu kau tak mampu??

pernah hilang seringgit?
mase hilang tu menggelabah tak kau mencari? atau dalam sfera pemikiran korang cume
berkata 'alah seringgit je'


bukan nak berlagak baik..bukan nak tunjuk hebat aku mega..bukan bukan..tapi bila aku
ingat mengingati dalam masa yang sama aku menjaga nilai nilai murni yang perlu
ada dalam diri aku ni..masa ni aku jaga..kelak aku bina..insyaAllah..

pusing roda balik..ok seringgit seminggu..objektif aku kat sini sebenarnya nak mengajak
korang semua buat baik sket..yup seringgit seminggu..dalam berminggu-minggu-minggu kita
hidup  berapa kali kita menderma dan bersedekah? cuba bayangkan dari tika ini kita dapat
mendermakan seringgit seminggu kat tabung masjid ke, orang datang mintak derma ke, makcik jual tisu ke..tak kisah la kat sape-sape tapi niat kita adalah untuk menderma...dan kita terus menderma seringgit seminggu sehingga umur kita 60 70..dan mase tu cube la kira berapa korang dah dermakan? mantap bukan?

dan kalau kita derma kat tabung-tabung mesjid seringgit seminggu, cuba bayangkan kemana duit kita tu pergi? insyaAllah kat jalan yang betol..tambah pulak lagi-lagi duit tu digunakan untuk buat bangunan baru masjid untuk orang solat...indirectly kita dah ade saham yang halal..amin...niat still kene betol lah..menderma..

ada satu kaum ni cukup bertuah sebab paling tidaknya sehari setiap minggu mereka akan datang ke masjid untuk melakukan solat berjemaah beramai-ramai..dan kaum tu adalah kaum lelaki...fuh bertuah siot..dan dalam masa tu kaum-kaum ni diberi pilihan sama ada untuk mendapat saham atau tidak..kalau nak kau menabung la seringgit seminggu kat tabung masjid tu...ganjarannya janganlah kau claim kat dunia..tunggu nanti kat sana..

seringgit seminggu bukanlah apa sangat bagi aku dan aku rase korang pun same..tak muflisnye bank kalau hilang seringgit sebab terbang ditiup angin..kedai apek still beroperasinye kalau seringgit dalam laci tu dimakan tikus..

tak kira la dimana nak salurkan seringgit tu..tapi dengan niat menderma dan kerana Allah, sure
dpt ganjaran...insyaAllah...



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan 
yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu 
adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada 
meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka 
diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.” Riwayat Bukhari dan Muslim










Tuesday 25 December 2012

Jadi Bila General Berucap..


bukan terhandal, bukan terkuat 
cuma terhandal dalam apa yang ku buat..



buka description lagu utk lirik yg power..tolong ceraikan buntut dari kerusi, bangun!!

Sunday 23 December 2012

Dua Dunia Berbeza


Dua dunia berbeza..ia boleh menjadi gembira atau mungkin derita..ia terpulang..
Dan dalam situasi ni, aku gembira..maksud aku gembira lebih dari derita...
Yup lidah lagikan tergigit..erti derita dalam konteks aku tidaklah seperti sakitnya digigit hamster atau  dipatuk ayam..tapi ia lebih kepada derita sakit yang lebih kepada geli-geli..
Satu hari dua hari ia akan sembuh...derita yang lebih matang..lebih professional..

Lebih terperinci..
Dua dunia yang aku maksudkan kat sini adalah perhubungan atau komunikasi antara dua medium..
Dan dua medium yang terlibat merangkumi dua medium yang berbeza..
Perhubungan ini menjadikan satu episod aku yang aku panggil dua dunia berbeza..

Banyak pendapat, banyak pertikaian..menarik..dan dalam perbezaan terdapat satu persamaan..
Dan persamaan itu mungkin aku Sherk dan kau Fiona nye..

Dekat sini aku biarkan kisah dua dunia berbeza shrek dan fiona ni tergantung..
Isu yang aku timbulkan cume..
Dua Dunia Berbeza..

Terlalu


Hoi aku Terlalu sayang 
lah kat kau! kau tau x?? mungkin kau tak tau....tapi tak pe...biar kan ia terus menjadi satu agenda dalam minda...lebih menarik bukan....berfikir dan menjadi seseorang yang tidak terlalu kan nya...aku lebih memerlukan ketenangan berbanding kebahgiaan pada ketika ini...

yup semester last kate nye...bukan kau akan belajar pun...betul tu dan ianya tepat skali....tapi ketenangan boleh ubah semua nye...itu satu pegangan...tenang untuk semua...ia lebih indah....pejam mata pejam mata eh sudah besar rupanye...wah sudah mahu bekerjaya....adakah kau akan berjaya??

tidak perlu fikir kan ape yang terjadi masa hadapan....biar kan IA yang menentukan segala-galanye...kite rancang dan lakukan ape yang mampu buat masa ni...yup kita cuba yang terbaek untuk berjaya...macamane dengan kisah kawan kehidupan??

belom mase fikirkan nya lah buat mase nie...berkawan itu lebih tenang...



kau jahat doe putus kan besi yang kukuh tu....ow bukan aku jahat lah...aku tak tahu nak terangkan macamane...biar kan lah semua nya macamtu je...tak nak berfikir mengenai itu...kusut sangat terlalu kusut....
Its Hard To Explain



Saturday 15 December 2012

Aku Pelat





..mari berfikir diluar kotak,
jangan menempurung bersama si katak..

Wednesday 12 December 2012

Titik nokhtah


Titik nokhtah
Bukan tanda berakhirnya satu cerita.

Ia mungkin
permulaan satu ayat,
permulaan satu perenggan,
permulaan satu cerita baru, cerita indah.

Tapi tidak dinafikan diakhir cerita indah itu.
Titik nokhtah


Tuesday 11 December 2012

Bingung



Bingung
Bila ade dua bintang yang aku kene pilih untuk aku pergi.
untuk aku capai.

Mana bintang yang lebih berkilau?
lebih menyerlah?

Bingung
Bila aku memang tak dapat bezakan bintang yang sebenar.
bintang yang sesuai.

Mana yang lebih masuk?
lebih ngam?

Bingung
Dan bertambah bingung apabila masa aku masih panjang.
masih lama lagi untuk sampai ke simpang dimana aku harus memilih.

Aku bagai nujum yang sedang melihat masa depan.
Bagai professor yang sedang berjalan disatu ruang yang pantas.

Jawapan ditangan aku.
Walaupun aku bingung.
Walaupun dimasa hadapan tapi pilihan telah aku kacakan.

Bingung

Sunday 9 December 2012

Lakaran


pertama buka mata
kita adalah kain putih...ayah renjis nya dengan sedikit warna...azan sebelah kanan..
iqamah di sebelah kiri...terime kasih ayah...

tumbuh membesar pelbagai warna kita temui...
tapi warna yang ayah renjis kan tetap di kain putih itu....

jangan risau ayah warna yang ayah renjis kan
insyaAllah tidak pudar...
nanti saya pekat kan lagi warna itu dengan 5 waktu, kitab hijau dan kelaparan yang bermakna

kini kain putih penuh dengan warna...
masih tiada lakaran....
siapa pelakar utama??
kau lah orang nya...

baik lah masa untuk melakar...
satu langkah kebelakang...dan mula lah melakar untuk kain putih itu....

berilah peluang untuk saya melakar...
harap warna yang bercampur tadi menjadi satu keindahan...
tiga sahabat jadi peneman...


Wednesday 5 December 2012

Jatuh Cinta






30 November 2012, 0730 pm

aku sampai awal di pekan frinjan..member aku xsampai2 lagi...owh sangat tak patut..tp xpe..aku xsuke pulak orang tunggu aku..biar aku tunggu orang...dan bagi nak kurang kan tekanan aku pn jalan2 la tgk2 barang y ade jual di frinjan..wow good..aku suke pegi pekan frinjan..tp time2 tu aku xde duit..jadi aku boleh tlg tgk saje..ahahaha

jalan punye jalan, sampai la aku kat belakang pentas..dan kat situ aku jumpe gitaris iamneeta ni, patrik..sorang je die duduk..huhu aku tgk die die tgk aku..ha bagus...dan ade mase die pegang gitar die dan setting2 ape yang patut manakala aku masih dalam misi aku tunggu member...sumpah aku cakap aku nak tegur si patrik ni..tapi disebab kan sifat pemalu aku yang ye ye oo ni, maka aku tak tegur..2 3 kali aku lalu lalang depan die..aish hampa siot..hope dpt jumpe ko lagi, pat.

Iamneeta perform.ini satu lagi perkara yang paling aku teruja..phew..iamneeta bawak ketiga-tiga single diewang..tuhan tolong aku, terima kasih dan yang paling aku suke; jatuh cinta...owh memang aku jatuh cinta dengan si neeta tu..suare die phew~...tapi biaselah aku manusia normal yang tak de name macam si neeta tu..die da ade name, mane nak pandang aku yang xde name lagi pemalu ni..ahaha

akhir pekan frinjan aku dapat tgk live iamneeta utk pertama kali tapi tak dapat nak amik gambar ngan diewang.ok aku pemalu. ==,



Peria




Peria...
Pahit dan tak sedap...
Tekstur rasa yang sangat pelik dan menjengkelkan...tapi manfaat dia banyak...
Tapi masih, kalau diberi percuma memang ditolak tak diambil...keras-keras..

Dan ia sama dengan perasaan aku sekarang..pahit tak sedap dan menjengkelkan...

Sunday 2 December 2012

Minggu Penuh Halangan


26november2012 - 30november2012

Minggu penuh halangan. hati cakap macam tu tapi realiti adakah ia betol betol mencapai tahap *penuh halangan tu? atau ia satu propaganda si hati menghasut jiwa untuk tidak berkomunikasi lagi secara baik dengan akal? syaitan! ia penghasut...ini yang sangat tepat... *mungkin

Setiap langkah nak orak mesti ade sindiran-sindiran sinis yang didengari...datang dari mana sindiran tu? tak pasti bukan..tidak berkeyakinan..tak pasti..kalau dua sahabat ini dapat di damai kan secara aman dan dapat digencatkan senjatanya pasti sindiran sindiran sinis ini tidak didengari lagi..mohon berkeyakinan dan pasti dengan tujuan dan setiap orak yang dikawal otak...

Berbalik kepada minggu penuh halangan..aku tempuh dari hari pertama yakni isnin..kurang sihat..badan dalam kondisi metabolisma dalam badan berada di aras paling bawah..kesakitan..perlahan lahan aku ikut rentak perlahan metabolisma..aku layankan aku ikutkan...bagai bapak sabar melayankan anak...dan pabila masuk hari ke tiga yakni rabu, badan mula kebah... *phew penat..

Khamis dan Jumaat dilalui dengan agak rumit apabila kisah tuah disuruh simpannya keris...disuruh sujud kebumi menyembam si sultan..kepala ditolak rapat kebumi agar akur..akhir nya tuah akur..kini tuah dikaki sultan..kisah belum berpenghujung belom bertitik akhir...

Malam pada hari Jumaat..ini kisah yang ceria..yang gembira..yang dapat memadam minggu penuh halangan aku.. *Pekan Frinjan...terima kasih Anna Band sebab jemput aku, hulur kapet merah dengan paluan kompang..disana aku jumpe semua..*Zine Satu Malam! kau orang terbaek..*IamNeeta..ok aku jatuh cinta..neeta pandang aku buat muke awkward..haha lawak...dendangan *Moi Last Von..sangat buat aku terpukau..kau hasut aku dengan musik kau..kau buat aku terbang hilang...masalah aku hilang..terima kasih buat semua Frinjan..

Minggu penuh halangan aku kini tinggal kenangan..biar aku lukis minggu yang baru..
mungkin halangan yang baru..

Halangan buat aku matang.