Tuesday 28 April 2015

Indah tu tak mudah

Kalau nak yang indah tu tak mudah,
Tak macam pusing pili dapat alir,
Tak macam berucap mengeluarkan yang zahir..

Kalau nak yang indah tu tak mudah,
Perlu ada keringat tika menebas,
Perlu ada usaha memecahkan yang keras..

Kalau nak yang indah tu tak mudah,
Tapi kalau seni silat sempurna,
Kalau jurnal penuh cerita,
Bukan indah yang diraih,
Tapi mentari yang datang menagih..

Ahmad, 26 April 2015

Thursday 23 April 2015

Langsat

aku bukan panas baran..tapi aku cepat marah bile bende yang aku rase senang ni aku tak boleh nak selesaikan dengan mudah..dan bile aku marah tu semua benda aku langsatkan..tak dapat parking pun kadang aku boleh panas..

tapi bende paling magik skali..dalam tengah panas tu aku akan tarik nafas dan dalam hati *astagfirullahhalazim..pomp! magik..macam tekan butang reset kat kalkulator..tapi kenape sebelom aku langsatkan bende2 yang aku panas kan tadi aku tak tarik nafas dan tak beristighfar?

syaiton~

ini semua syaitoon..

langsat betul..


Wednesday 22 April 2015

Nelayan


ketika aku berlari, aku campakkan semua cinta
berpegang pada janji, aku terus pejam iras si buta
bukan merancang, tapi semua yang jadi hanya arus
tidak mengenang, semua cinta tadi terus dirindui halus
kenapa dilakukan walau hati masih suka masih berpaut
seperti yang diperkata hanya arus dan si nelayan melayan hanyut


Friday 17 April 2015

Perjalanan

Taman cantik dengan bunga,
Sejoli diulit dengan cinta,
Pesilat kuat dengan senjata,
Pasangan bahagia dengan permata,

Bunga,
Tak luruh selagi tak dijamah,
Mentari terik bak musuh yang indah,
Disenangi walau kesannya diketahui,
Ditatang walau implikasi menyakiti.

Sejoli,
Merpati tu terbang tinggi tak ingat bumi,
Terbang rapat kata indah janji dimeterai,
Tinggi, terik silau kerana mentari,
Satu tu turun terbang rendah merapati bumi.

Pesilat,
Klasik bagi antik melaka,
Seni dibawa gerak pasak dibuka,
Tak bertukar cinta walau silih bertukar senjata,
Bak imannya naik dan turun tapi tetap  sujud pada yang Esa.

Bunga tadi kembali mekar,
Gengaman sejoli kembali berakar,
Pesilat kegelanggang datang mencabar,
Jantungnya dibumi janji diikrar.

Ikrar diterima dek cinta abadi,
Dua nakhoda berpakat bulan pertama disepakati,
Masjid yang agung sedang disusuni,
Batanya kukuh dari gunung yang disegani.

Setelah siap masjid agung dibina,
Pasangan tadi bahagia dilengkapi permata,
Juga dalam purnama yang pertama,
Anugerah ulang tahun cinta yang utama. 

Alhamdulillah.

Sunday 12 April 2015

Adil

Sakit datang bila terlalu mengharap,
Bila terlalu memuja,
Masa terlalu mencinta..

Kau beragama tak seindah bercinta,
Tak sentiasa memuja,
Tapi selalu berharap..

Kau tak adil dengan Pencipta,
Kau fikir kau dapat dunia?

Kirimsalam..

Ahmad - 9 mac


Friday 10 April 2015

Ubat Akhirati

Kadang kite sakit kerana terlebih makan
Jadi berpuasalah

Kadang kite sakit kerana terlebih gerakan
Jadi berpuasalah

Kadang kite sakit kerana terlebih cakapan
Jadi berpuasalah

Berpuasa dari makan yang melampaui,
Berpuasa dari melakukan aktiviti,
Berpuasa dari menyebut perkara luar tabii
Perkara yang sia-sia
Perkara yang mendatangkan bahaya

Satu hari kau sakit
Puas segala ubat duniawi
Cuba pula kau ubat akhirati ini
Cuba

Ahmad - 23 Mac 2015 - puasa

Thursday 2 April 2015

Petak Hitam


Petak Hitam = Kotak Hitam
Fungsi = Menyimpan data/memori

Dari kisah MH370 aku dapat perkataan ni..sepanjang aku menulis aku rase 90% dari penulisan aku adalah metafora kehidupan aku sendiri..jadi ia seakan diari yang aku abadikan di laman sesawang dimana selari dengan kerjaya dan latar belakang aku (berpengetahuan dalam bidang iT)...

Jadi dari conundrum aku tukar ke petak hitam..