Saturday, 3 November 2012

Simpul Berulat Putih



yang simpul itu terus simpul,
daya aku mati ditengah perjuangan simpul,
mati terikat terbelit senak simpulan sendiri,
rimas, fikiran aku rimas penuh simpul,

saat aku diluar pemikiran normal,
aku rentap, aku sentap, simpul,
ia jelas merumitkan, simpul terus mati ketat,
nafas terus terhenti, tinggal baki dalam jantung dan nadi,

simpul yang tadi setompok kini ramai,
penuh setiap isipadu setiap sudut sfera pemikiran,
normal kini merudum, jatuh terus tersembam ke bumi,
merangkak bagai tulang tidak lagi berfungsi,

aku diam disitu, bisu titik akhir,
lalat berkepak empat menghurung, menghuru hara kan simpul,
kini simpul sudah berulat, menggeremut sendi putih si ulat,
menjelajah disetiap simpul ke simpul dan simpul,

simpul berulat putih..
mati.


4 comments:

SaddLone said...

euwhh..apa yg kau simpulkan tu tak sejelik gambar.

emm cm sedap pulak ulat2 tu. Dh try?

conundrum said...

yang simpul tu aku..aku jelik gak orang nye :P kau orang sabah ka bha? makan ulat?? XD

SaddLone said...

ko ni..bila nk bt entri baru..aahh!! benci aku tgk ulat tu lg :(

asal pulak ko cop aku org sabah..ko org sabah ke? aku tnya sbb aku bukn org sabah..sabah pun aku xjejak lg.

conundrum said...

bz ah keje...nant k entry baru XD
kau cakap mcm sedap ulat..orang sabah je makan ulat sagu :P