Wednesday 28 November 2012

Realiti Palestin




Helaian akhbar kini tidak lari dari berita di Gaza.
Perperangan.

Lari dari surat khabar, aku pergi ke laman Facebook.
Isu masih sama.
Dan kali ni lebih sedih dari si akhbar.
Gambar yang tidak ditapis tidak seperti di akhbar.
Dari kanak-kanak hingga ke dewasa dan yang tua.
Wanita.

Sedang bermain bola.
Kalau di Malaysia kanak-kanak nya gembira dirintikkan hujan.
Ironi di Palestine.
Kanak-kanak nya menangis kehilangan rakan sepermainan.
Dihujani peluru.

Wanita.
Malaysia lagi.
Gembira berjalan-jalan dan berlenggang-lenggang.
Beza di Palestine.
Berjalan tunduk, bongkok.
Elak Peluru.

Laman yang lain aku belek Youtube.
Sedih.
Tangisan, raungan, keperitan.
Keberanian.
Gadis 5 tahun gagah dengan tentera Israel dia berlisan.
Diam.
Terpaku semua terpaku, aku yakin.

Bersyukur.
Dengan apa yang aku ada, aku alami, aku diami.
Aku bersyukur.
Sambil mahu membantu sahabat di Gaza.
Aku sedikit lemah.
Suara aku mungkin tidak didengari.

Doa.
Ini yang aku mampu.
Ini yang aku kuat.
Ini yang aku buat.

Walau apa doa kau, Matlamat kita sama.
Untuk Gaza.
Untuk aman.
Bahagia.


No comments: