Tuesday 29 January 2013

Halimunan


Dalam menjalani kehidupan seharian, aku lebih tampak bergaya dengan perwatakan yang relak, cool dan seumpana dengannya..walau apa yang aku hadapi aku akan tetap tersenyum..tetap tenang..segala rintangan yang aku hadapi lebih mudah aku katakan seperti semut menggeletek si gajah..tiada yang dirasa..segala gundah terhadang seakan halimunan..

Gagah si Tuah dicabar pembuat roti,
Keris dihulur, penggulung roti dipegang erat,
Gagah Tuah dicabar anak sultan anak si permaisuri,
Keris ke bumi, segala halimunan diperlihat.

Pabila bulan mengambang, aku seakan layu..segala gundah yang aku lindungi yang aku halimunankan, semua aku perlihatkan..hanya pada si bulan yang mengambang..seakan rela atau boleh dikatakan seperti menyerah diri..bukan kerana tiada nya kuasa atau keringat, tapi ia kerana CINTA..

Tempat untuk berkongsi segala gundah, susah, gembira dan senang..halimunan hilang..


No comments: