Friday 28 December 2012

Seringgit Seminggu



Seringgit Seminggu
jangan lah kau tamak sangat
jangan lah kau kedekut tak ingat

pergi sana beli itu 
pergi sini beli ini
masjid pernah kau sen kan? 
anak yatim pernah kau ringgit kan??

seratus sehari ibarat kahak ludahan
tak kan seringgit seminggu tak mampu kau bekal kan?

seringgit seminggu weh seringgit seminggu
seringgit seminggu kau tak mampu??

pernah hilang seringgit?
mase hilang tu menggelabah tak kau mencari? atau dalam sfera pemikiran korang cume
berkata 'alah seringgit je'


bukan nak berlagak baik..bukan nak tunjuk hebat aku mega..bukan bukan..tapi bila aku
ingat mengingati dalam masa yang sama aku menjaga nilai nilai murni yang perlu
ada dalam diri aku ni..masa ni aku jaga..kelak aku bina..insyaAllah..

pusing roda balik..ok seringgit seminggu..objektif aku kat sini sebenarnya nak mengajak
korang semua buat baik sket..yup seringgit seminggu..dalam berminggu-minggu-minggu kita
hidup  berapa kali kita menderma dan bersedekah? cuba bayangkan dari tika ini kita dapat
mendermakan seringgit seminggu kat tabung masjid ke, orang datang mintak derma ke, makcik jual tisu ke..tak kisah la kat sape-sape tapi niat kita adalah untuk menderma...dan kita terus menderma seringgit seminggu sehingga umur kita 60 70..dan mase tu cube la kira berapa korang dah dermakan? mantap bukan?

dan kalau kita derma kat tabung-tabung mesjid seringgit seminggu, cuba bayangkan kemana duit kita tu pergi? insyaAllah kat jalan yang betol..tambah pulak lagi-lagi duit tu digunakan untuk buat bangunan baru masjid untuk orang solat...indirectly kita dah ade saham yang halal..amin...niat still kene betol lah..menderma..

ada satu kaum ni cukup bertuah sebab paling tidaknya sehari setiap minggu mereka akan datang ke masjid untuk melakukan solat berjemaah beramai-ramai..dan kaum tu adalah kaum lelaki...fuh bertuah siot..dan dalam masa tu kaum-kaum ni diberi pilihan sama ada untuk mendapat saham atau tidak..kalau nak kau menabung la seringgit seminggu kat tabung masjid tu...ganjarannya janganlah kau claim kat dunia..tunggu nanti kat sana..

seringgit seminggu bukanlah apa sangat bagi aku dan aku rase korang pun same..tak muflisnye bank kalau hilang seringgit sebab terbang ditiup angin..kedai apek still beroperasinye kalau seringgit dalam laci tu dimakan tikus..

tak kira la dimana nak salurkan seringgit tu..tapi dengan niat menderma dan kerana Allah, sure
dpt ganjaran...insyaAllah...



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan 
yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu 
adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada 
meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka 
diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.” Riwayat Bukhari dan Muslim










2 comments:

y i e n said...

thanks 4 sharing.. InsyaAllah~

Ahmad said...

same-same