Saturday, 21 July 2012

Darah Musik Terbang


CLUCK!! butang Play ditekan


Dengar lagu sambil terbang..setiap bibit lisan dalam hati..kadang tidaak tersurat keluar, tersirat didalam hati...tragedinya sama, tonasi warna yang serupa..plot dan klimak yang seakan dan sama...ditokok melodi ditambah irama...

watak lain hero juga berbeza..heroin nya serupa, ciri-ciri sang bidadari...akhirnya mungkin madu mungkin peria...yang menghidupkan segala jenis deria...

jika madu, lebah pasti gembira...jika peria, memek muka mesti mencuka...sekali lagi adrenalin dalaman dihidupkan..rasa yang memuncak inginkan persefahaman...

gadis hipster mungkin tidak memahami...hanya tahu gembira hanya tahu menyayangi...tidak menerima hujan dikala bermain...tidak menerima kalah dikala bertanding...

itu cerita gembira masa muda...cerita yang tidak diungkap tak perlu disingkap...ceritanya mula dinyanyi dalam irama yang sama...oleh penyanyi yang lain pemain yang berbeza...sekali lagi minda digelekkan mengikut alunan..mengikut kaca ceritanya dihimpunkan...

tatkala musik tiba dihujung, fikiran kembali..meresap laju menuju memori...siap sedia disimpan dikunci untuk ia terbang lagi...sewaktu mendengar melodi yang sinonim tapi berbeza penyanyi...

5 comments:

Pengumpul Lirik lagu said...

syair ke pae?heheh

conundrum said...

tulisan je..mungkin kalau kite berborak dalam era khalifah dlu mungkin la dipanggil syair..apakah sekali pun bende alah ni..layan~ XD

syafiqakarim said...

saling bertukar penyanyi?





salam ramadhan

conundrum said...

yup ;) siape penyanyi dalam sesebuah lagu? mesti die seorang hero bagi lelaki..heroin bagi perempuan..kan?

Edy Fee said...

salam ramdhan rakan blogger

jemput join n promote my first give away
http://edyfee.blogspot.com/2012/07/my-first-give-away.html