Saturday, 21 July 2012

Selak Buku Ramadhan


Selak Buku Ramadhan

Bulan ini bulan yang terang,
Dan ia bakal terang dengan datangnya tujuh likur,
Datangnya malam yang dinanti, 
Malam Al-Qadar bagi seluruh umat dibumi.

Dipagi diberi sedikit dugaan,
Sedikit rintangan dengan perutnya diikat dan nafsunya ditahan,
Dimalam diberi seribu nikmat,
Juadah, hidangan dan amalan bagi seluruh umat.

Ia bukan halangan bukan batu dinding yang besar,
Tapi ia acuan bagi  menuntun, mendidik agar segala larangan terhindar
Satu garis halus sebagai panduan,
Tidak kelihatan dan janganlah dilalui melepasi.

Maaf sebagai pembuka puasa,
Dari hujung rambut hingga kaki seluruhnya,
Maafkan aku insan biasa,
Menyesali perbuatan diriku yang hina.

Selamat menyambut Ramadhan juga berpuasa,
Selamat menjaga dan mendidik nafsu,
Selamat beramal kepada yang Esa,
Selamat dan salam dari diriku. 


2 comments:

EYFAalias said...

Salam Ramadhan :)

conundrum said...

selamat berpuasa! ;D