Sunday 29 July 2012

Tukar Halwa



Dalam sedang sibuk aku menyinari mata dengan tulisan-tulisan skema untuk projek akhir aku ni, aku teringat akan satu vlog ni..vlog tu cakap time-time puasa ni kan elok kalau kita ubah halwa telinga kita dari rnb rock hardcore indie ke musik yang lebih mengenengahkan unsur-unsur keagamaan..kan lebih tenang nnt..

Dan sehabis lamunan tu aku terus meneliti album-album maher zain yang ada sama ada masih baru atau pun tidak...dimana lagi kalau bukan wikipedia...satu laman ilmu pengetahuan yang sumber nye hampir 90% boleh dipercayai...dan lagi sepuluh peratus diragui kerana wikipedia ni boleh disunting oleh sape-sape pun makhluk yang hidup kat dunia ni..kalau tikus boleh menaip, tikus pun nak tulis kat dalam wikipedia agaknya...

Dua Album aku temui...Thank You Allah dan Forgive Me...dan sepenemuan tu aku pun terus ke laman google dan terus di search texbox tu aku masukkan kata kunci 'Thank You Allah.rar'..maka terkeluar la segala isi perut google berkenaan dengan kata kunci tu....aku amik satu dari pautan tersebut dan terus mendownload/memuatturun..maafkan saya maher zain...

Dan dalam menghabiskan projek akhir ni aku dengan selambe badak nye layan lagu maher zain yang aku download dengan secara haram...fuhhh...puase kan..aish!




No comments: